Assalamualaikum

Dah Boleh Rentas Negeri, Jom Bercuti Di Avillion Port Dickson | Nak tunggu pengumuman boleh rentas negeri macam tunggu pengumuman raya tau! Dah lama tak rentas negeri akibat pandemik Covid-19. Sekarang dah boleh rentas, apa rancangan korang? Ke belum merancang?

Bagi yang belum merancang, apa kata korang ajak keluarga korang untuk bercuti di Port Dickson. Takkan nak bercuti dalam negeri sendiri lagi. Kita rentas laa dulu selagi boleh rentas tapi dalam masa yang sama jaga SOP.

Tapi kalau nak bercuti di Port Dickson, aku nak suggest kepada korang tempat penginapan yang wajib jadi pilihan utama korang. Tempat penginapan nie confirm dapat memberikan kepuasan berganda kepada korang.

Jom jadikan Avillion Port Dickson sebagai tempat penginapan untuk staycation korang. Bagi yang dah pernah menginap disana, mesti dah tahu macam mana exclusive Avillion Port Dickson yang bertaraf 5 bintang.

Avillion Port Dickson adalah tempat peranginan pantai yang telah memenangi anugerah di Malaysia yang memiliki lebih dari 23 hektar pemandangan pantai dan menghadap Selat Melaka, menawarkan 258 bilik, chalet dan vila yang direka dengan indah.

Mesti korang tertanya-tanya bilik yang macam mana Avillion nie ada kan? Dan bila aku dah bagitahu nie, korang dah boleh plan untuk ke sini tau! Nak bercuti bersama keluarga, honeymoon atau apa-apa, semua boleh.

Untuk chalet, terdapat tiga jenis iaitu Garden Chalet, Water Chalet dan Premium Water Chalet. Dan setiap chalet ini berbeza harga dan keluasan. Jika korang memilih Garden Chalet, pemandangan taman untuk private balkoni. Manakala jika memilih Water Chalet, sebahagian pemandangan private balkoni adalah Selat Melaka. Berbeza dengan Premium Water Chalet kerana pemandangan private balkoni adalah pemandangan laut yang luas.

Selain itu, korang yang mempunyai keluarga yang besar, korang boleh membuat pilihan vila. Antara pilihan yang ada adalah 1 Bedroom Water Villa, 2 Bedroom Water Villa dan 3 Bedroom Ultimate Water Villa.

Dan pilihan untuk bilik di tepi pantai, korang masih ada pilihan sama ada bilik Superior atau Duplex. Untuk pilihan bilik di tepi pantai ini lebih sesuai untuk berdua sahaja.

Justeru itu, korang mesti membuat pilihan yang tepat untuk bilik ini. Kalau aku, aku akan pilih mengikut keselesaan dan poket aku. Tapi di Avillion yang bertaraf 5 bintang ini, semua bilik dijamin memberi keselesaan yang maksima kepada korang.

Bercuti bersama orang tersayang, korang patut rancang juga aktiviti apa yang patut korang lakukan. Takkan bercuti pun nak pegang gajet je kan? Di Avillion Port Dickson, dorang dah sediakan aktiviti yang menarik sampai korang boleh lupakan gajet dan masalah korang.

Antara aktviti yang ditawarkan ialah Beach Volleyball di Riau Beach, tengok lebih daripada 30 spesies yang berlainan di sekitar resort, mulai dari Kingfishers hingga Black-Naped Orioles dan banyak lagi, melakukan aktiviti lasak seperti berkayak, jetski, banana bot, snorkeling dan banyak lain.

Tak rugi langsung kalau korang ke sini. Terlalu banyak aktiviti menarik untuk aku senaraikan kepada korang. Aku yang baru plan nak ke sana pun dah teruja lain macam nie. Reward selepas dapat rentas negeri. Asalkan kita jaga kita, kita jaga jarak, kita jaga SOP.

By the way, Avillion Port Dickson ini menerima sambutan yang sangat luar biasa dari penginap yang pernah menginap di sini tau antaranya ialah lokasi hotel nie yang sangat strategik, pemandangan yang sangat mengagumkan, bilik yang selesa dan banyak lagi.

Kalau korang nak ke sini, cepat-cepat booking sekarang! Aku dah booking nie. Tak sabarnya nak bercuti! Hello Avillion Port Dickson, aku datang nie~