10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik Tahun 2022 Dalam Program Live Session Datuk Wira Dr Azizan Osman

Saturday, 12 February 2022

Assalamualaikum

10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik Tahun 2022 Dalam Program Live Session Datuk Wira Dr Azizan Osman | Masuk je tahun baru, kes makin melonjak-lonjak naik tinggi. Dan makin ramai yang terjejas ekoran pandemik hingga ada hilang kerja, bisnes ditutup, tak boleh berniaga dan lain-lain lagi. Sebak melihat keadaan sebegini. Peniaga-peniaga terkesan teruk. Apatah lagi peniaga-peniaga kecil yang baru nak merangkak.

Inilah realitinya hingga terdapat inisiatif daripada komuniti sendiri untuk kibarkan bendera putih sebagai tanda yang mereka betul-betul perlu bantuan pada waktu ini.

Namun begitu, Richworks bakal mengadakan Live Session Bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman setiap hari Ahad pada jam 08.00 pagi di saluran Telegram Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Tentang Richworks

Richworks International adalah sebuah syarikat multinasional yang merupakan penganjur seminar keusahawan terbesar Asia Tenggara. Kepakaran Richworks International adalah dalam industri Latihan Keusahawanan merangkumi pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan.

Semenjak ditubuhkan pada 2008, syarikat ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan memecah rekod dalam menghasilkan paling ramai usahawan Berjaya di Malaysia. Antara rekod terbaik adalah pada tahun 2020, seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod apabila menjana jualan lebih RM2 bilion melalui Program Mentoring SPIRE & TITANIUM.

Richworks bermula dari permulaan yang sederhana oleh Dr Azizan Osman, Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan No. 1 Malaysia.

Dalam masa beberapa tahun sahaja, Richworks telah menjadi syarikat pembangunan peribadi dan kejurulatihan & Latihan profesional terbesar di Malaysia.

Sasaran kami adalah untuk menjadi pengamal-pengamal luar biasa yang membantu mengubah dunia supaya menjadi tempat yang lebih baik dengan membangun keupayaan dan potensi manusia ke tahap maksimum.

Siapakah Datuk Wira Dr Azizan Osman?

Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri.

Beliau memiliki keupayaan luar biasa yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang individu untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa.

Sejak 2008, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah membantu lebih daripada 700 ribu peserta menerusi program yang dianjurkan secara langsung melalui Richworks International, syarikat yang diterajui beliau sebagai Pengasas dan Pengerusi RichWorks International. Beliau telah membantu ribuan usahawan dan jutawan untuk berjaya melalui strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan.

Beliau juga telah menulis lebih daripada 10 buku mengenai perniagaan, pemasaran dan penguasaan potensi diri. Buku ‘Beat the Curve’ yang dikarang bersama Brian Tracy antara buku yang berjaya tersenarai sebagai buku terlaris di Amazon.

Perkongsian di media sosial beliau juga turut menjangkau puluhan ribu orang setiap minggu, menjadikan beliau influencer yang dapat membantu ramai orang untuk merealisasikan potensi diri pada tahap tertinggi.

Sejak 2015, menerusi Program High Net Worth Coaching bersama kumpulan Titanium, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah memberikan bimbingan kepada lebih 700 usahawan jutawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa. Jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan usahawan ini telah mencecah RM1.5 bilion.

10 Cabaran Kritikal Perniagaan

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.

Ini apa yang Dr Azizan kongsikan pagi tadi:

Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.

Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.

Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!

Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.

Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.

Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.

Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.

Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.

Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.

Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.

Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?

Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.

Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.

Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.

So, jom sertai aku di saluran Telegram Datuk Wira Dr. Azizan Osman sekarang!

2 comments

  1. Perkongsian yg bukan calang-calang dari dr azizan. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang ni kan

    ReplyDelete
  2. Post ini memberi motivasi kepada saya. Saya akan hargai apa yang saya ada sekarang. Terima kasih Eyqa.

    ReplyDelete