Assalamualaikum


Pekan Sehari Temerloh Merupakan Pekan Sehari Terbesar Di Semenanjung Malaysia | Rugi kalau ke Temerloh tapi tak singgah ke Pekan Sehari. Pekan Sehari terletak di persisiran Sungai Pahang menjadi sasaran pengunjung untuk mendapatkan pelbagai barangan. Pekan Sehari Temerloh juga telah diiktiraf sebagai Pekan Sehari yang terpanjang di Semenanjung Malaysia.

Dengan kedudukan Pekan Sehari yang terletak berhampiran Sungai Pahang, Jalan Kuala Semantan, korang boleh dapatkan jenis barangan yang jualan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan segar, kuih-muih, pakaian, cenderamata dan pelbagai lagi.

Yang menariknya disini, Pekan Sehari hanya dibuka pada hari Ahad, bermula jam 07.00 pagi hingga 12.00 tengahari sahaja. Walaupun ramai pengunjung yang datang ke sini, kawalan ketat mengikut Standard Operation Procedure (SOP) untuk scan MySejahtera dipatuhi.

Aku pun sempat beli buah bidara. Murah sangat di Pekan Sehari. Berbaloi membeli! Dan korang pun jangan lupa ke sini ya. Boleh korang beli ikan patin segar dari Sungai Pahang. Pekan Sehari yang mengekalkan keharmonian yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat.

Hari Operasi: Setiap hari Ahad
Waktu Operasi: 07.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi: Jalan Ibrahim, Taman Kenangan, 28000 Temerloh, Pahang.

#temerlohunlimited #kampungstaydesamurni #homestaydesamurni #exploretemerloh2022 #temerlohbandarikanpatin #temerlohtitiktengahsemenanjung