Hidangan Berkonsepkan Tradisional Di Restoran Saiful Patin Gulai Masam

Friday, 18 February 2022

Assalamualaikum

Hidangan Berkonsepkan Tradisional Di Restoran Saiful Patin Gulai Masam | Kalau ke Temerloh, tak sah laa kalau tak makan ikan patin. Apatah lagi kalau ikan patin masak tempoyak. Sepanjang jalan di Temerloh, rata-rata kedai semuanya ikan patin. Temerloh kan dikenali sebagai bandar ikan patin.

Kalau korang nak makan ikan patin gulai masam dalam suasana angin sepoi-sepoi bahasa menghadap Sungai Pahang dan parking yang luas,korang boleh datang ke Restoran Saiful Gulai Masam. Jika hujung minggu, restoran ini sentiasa dipenuhi dengan geng motor dan pengunjung luar.

Selain itu, hidangan yang berkonsepkan tradisional ini menjadi tumpuan ramai terutamanya pelancong. Hidangan juga dilengkapi dengan ulam-ulaman yang segar dan sambal belacan. Memang menyelerakan betul!

Yang hidupkan lagi konsep tradisional apabila diketengahkan dengan cara penggunaan 'talam' untuk menggamit memori dahulukala. Penggunaan pinggan mangkuk juga bercorakkan klasik seperti zaman datuk nenek kita dulu.

Aku yakin dan pasti yang korang takkan menyesal makan disini. Dengan ruang restoran yang besar mampu muatkan ramai pelanggan disini. So, kalau korang nak datang ke Restoran Saiful Patin Gulai Masam, pastikan perut korang kosong. Boleh tambah nasi dua tiga pinggan tau!

Sementelahan, terdapat sebuah jambatan gantung yang menghubungkan antara Dataran Patin dan Restoran Saiful Patin Gulai Masam. Lagi mudah tau kalau korang nak ke sini.

Hari Operasi: Rabu - Isnin (Tutup: Selasa)
Waktu Operasi: 11.00 pagi - 04.00 petang
Lokasi: Dataran Patin Tg Keramat, Kampung Bangau, 28000 Temerloh, Pahang


#temerlohunlimited #kampungstaydesamurni #homestaydesamurni #exploretemerloh2022 #temerlohbandarikanpatin #temerlohtitiktengahsemenanjung

1 comment

  1. Menariknya dalam pinggan tradisional gitu.. Kena repeat ni kalau ke Temerloh

    ReplyDelete