Assalamualaikum


Jaga Kesihatan Perut Dan Usus Dengan Lima Rangkaian Produk Probiotik GKB | Aku sejak ada gastrik, aku paling risau kalau terlambat makan. Kalau gastrik menyerang, terus muntah-muntah dan cirit birit. Tapi bila dah makan, kembung perut pulak.

Bukan itu sahaja, sejak bertambah usia, makin banyak penyakit yang singgah berkaitan dengan masalah penghadaman dan kulit wajah. Berat pun asyik bertambah, belum menunjukkan angka menurun. Tambahan pula, aku kurang makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Aku mula mencari produk kesihatan yang sesuai dengan aku. Aku ingin mencuba produk probioktik GKB selepas salah satu video pengguna produk probioktik GKB viral di platform Tik Tok baru-baru ini.

Aku ingin menjaga kesihatan dalaman dan luaran aku. Apatah lagi aku belum dikurniakan zuriat. Aku percaya dengan produk ini, aku dapat menjaga kesihatan usus aku dan menjadi lebih cantik dari dalam dan luar.

Lima Rangkaian Produk Probiotik GKB

GKB (GK Bio International Sdn Bhd) yang telah ditubuhkan pada tahun 2018 adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. Tujuan utama adalah mempromosikan kepentingan kesihatan dengan menyediakan produk kesihatan yang berkualiti tinggi dengan harga mampu milik untuk membantu mengawal fungsi tubuh badan.

Setiap produk GKP diperakui dengan sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL, sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA, pensijila standard pembuatan cemerlang GMP Malaysiam FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025 untuk memastikan jaminan keselamatan, kuliti dan standard piawaian pembuatan produk pada tahap tertinggi.

Kultur probiotik yang digunakan ini dapat meningkatkan fungsi fisiologi, mengekalkan fungsi saluran pencernaan, meningkatkan metabolisma dan imuniti, melegakan sembelit dan cirit-birit serta memperbaiki tabiat buang air besar.

Untuk pengetahuan korang, GKB menggunakan lebih daripada 40 jenis cendawan dan probiotik dalam rangkaian produknya dan GKB juga memastikan produk tersebut 100% semulajadi, bebas sisa, bebas bahan kimia, tiada kesan sampingan dan sesuai untuk seisi keluarga.

Kelebihan Produk Probiotik GKB

Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi.

1. GKB G-Pro Gold (Atasi Masalah Sembelit)


Tekanan kerja yang tinggi dan gaya hidup tidak teratur menyebabkan mudah sembelit. Suami aku yang terlalu sibuk dengan kerja, kerap sembelit. Sejak dia amalkan GKB G-Pro Gold nie, perut dia semakin okay dan tidak sembelit lagi.

Cara pengambilan GKB G-Pro Gold adalah sebiji setiap hari, sebelum atau selepas makan.

GKB G-Pro Gold direka khas untuk membantu mereka yang mengalami masalah sindrom iritasi usus, cirit birit yang teruk dan sembelit. Probiotik membiak dan memetabolismakan dalam usus, meningkatkan pH dan rembesan usus, membantu mengurangkan kemandirian bakteria patogen, meningkatkan fungsi penghalang usus dan mengurangkan kejadian keradangan usus.

2. GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 (Mengurangkan Kalori Dan Mengawal Minyak)

Aku nie kalau bab makan, nombor satu tau! Asyik makan je sampai baju semua dah tak muat. Tapi sejak kenal dengan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3, aku dah tak perlu risau lagi. GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 adalah satu-satunya bakteria yang boleh menyerap minyak.

Selain itu, GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 mengandungi Lactobacillus plantarum iaitu ketegangan probiotik yang kuat untuk menyerap lemak dalam badan, asik urik dan lipid darah; kolestrol dan trigliserida.

GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 juga membantu mengurangkan penyerapan kalori, membantu mengurangkan berat badan, meningkatkan tenaga, membantu masalah pencernaan, meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kesan kerosakan kulit disebab sinaran UV serta menjadikan badan lebih langsing.

Cara pengambilan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 adalah jika korang makan makanan berat dua kali sehari, korang boleh makan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 sebiji setiap lepas hidangan. Jika korang makan makanan berat sekali sehari, korang makan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 sebiji selepas makan.

3. GKB Probio+ (Memperbaiki Usus)

Kalau terlebih makan, perut aku akan cepat bertindak seperti sembelit atau cirit-birit. Nak pergi mana-mana terus susah sebab perut tak selesa. Boleh dikatakan sangat kerap perut aku meragam.

Sejak aku amalkan GKB Probio+ selama dua minggu, alhamdulillah perut aku semakin selesa dan tidak meragam. Kalau macam sekarang, lepas berbuka puasa pun, perut aku tak meragam.

GKB Probio+ mengandungi 5 jenis bakteria probiotik yang berfungsi aktif dan 4 jenis prebiotik yang membantu pencernaan dan mengurangkan masalah sembelit dan cirit-birit. Dengan kombinasi probiotik dan prebiotik, ia dapat memberikan perlindungan kepada saluran usus, membantu pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan, mengekalkan keseimbangan mikroflora usus dan meningkatkan imuniti.

Mereka yang mempunyai masalah sembelit ringan dan senak perut yang ringan sangat disarankan untuk amalkan GKB Probio+.

Cara pengambilan GKB Probio+ adalah satu sachet, dua kali sehari. Pengambilan selepas makan dan korang boleh makan terus atau bancuh dalam air sejuk, jus atau makanan.

4. GKB Probizymes (Mengurangkan Gastritis)

Suami aku pernah sakit gastrik yang teruk sampai aku perlu bawa dia ke kecemasan Hospital sebab dia dah menggelupur sakit perut sampai ke dada. Sejujurnya, suami aku tidak amalkan jadual pemakanan yang teratur.

Pelbagai jenis makanan tambahan dan petua yang aku buat tetapi masalah tetap sama. Bila aku perkenalkan GKB Probizymes, sakit gastrik dan kembung perut suami aku dapat ditangani. Dia juga semakin sihat.

Untuk pengetahuan korang, GKB Probizymes diformulasikan daripada probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak yang khusus untuk menangani masalah kembung perut berpanjangan, sakit perut akibat gastrik dan mengurangkan simpton refluks asid gastrik dengan berkesan.

Cara pengambilan GKB Probio+ adalah satu sachet, sekali sehari. Pengambilan selepas makan dan korang boleh makan terus tanpa perlu bancuh.

5. GKB Lactobacillus Rhamnosus (Memperbaiki Kulit)

Penat kerja seharian yang kadang kala dalam office dan di tengah panas, cuaca yang tidak menentu menyebabkan masalah kulit kering aku semakin memburuk. Bukan itu sahaja, kulit aku semakin sensitif dan kulit kering yang menjadikan gatal-gatal.

Oleh itu, aku amalkan GKB Lactobacillus Rhamnosus untuk membantu memperbaiki kulit aku. Aku perlu amalkan untuk penjagaan kulit wajah serta imunisasi badan. Sejak aku amalkan GKB Lactobacillus Rhamnosus, kulit aku semakin lembap dan tidak kering lagi. Sangat berbeza dari sebelum aku amalkan produk GKB Lactobacillus Rhamnosus.

Ketegangan probiotik Lactobacillus rhamnosus digunakan untuk mencegah penyakit gastrousus seperti usus bocor atau dysbiosis, mengurangkan masalah kulit kering dan sensitiviti kulit dan meningkatkan kesihatan kulit. Selain itu, probiotik Lactobacillus Rhamnosusjuga membantu mencegah jangkitan alat kelamin wanita, meningkatkan imuniti dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob.

Cara pengambilan GKB Lactobacillus Rhamnosus adalah satu sachet, sekali sehari. Pengambilan selepas makan dan korang boleh makan terus tanpa perlu bancuh.

Ulasan Sebagai Pengguna

Sejujurnya, selepas penggunaan lima rangkaian produk probiotik GKB ini, aku dan suami terasa perbezaan yang ketara pada badan. Perut tidak lagi meragam, kulit semakin sihat dan badan sentiasa bertenaga.

Tetapi sebarang perubahan bergantung pada badan seseorang. Ada yang cepat tindakbalas dan ada yang akan mengambil masa. Kita sebagai pengguna perlu konsisten penggunaan sesebuah produk.

Kalau korang nak dapatkan lima rangkaian produk GKB dan produk GKB yang lain, korang boleh beli di semua cawangan Farmasi besar di Malaysia termasuk Alpro Pharmacy atau laman web dibawah.

Website: www.mygkb.com
Facebook: www.facebook.com/mygkb
Instagram: www.instagram.com/mygkb
Tiktok: www.tiktok.com/@gkbmsia
Youtube: https://www.youtube.com/@mygkb01

GKB Official Selling Platform:
All major pharmacies in Malaysia, including:

Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy         
Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak        
Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy        
Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy        
East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan         
Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy        
Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy        
Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

For latest list of pharmacies, please see https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188

 #gkbinternational #gkbsoftlaunch2023 #gkbprobiotics #gkbspacesuit