Assalamualaikum

Drama Slot Megadrama - Andai Itu Takdirnya Full Episode | Drama adaptasi novel Andai Itu Takdirnya 1 & 2 karya Siti Rosmizah telah mengisi slot Megadrama di Astro Ria. Drama bersiri 60 episod dibawah arahan Jamal Khan terbitan SR One Sdn Bhd. Drama ini diterajui Shukri Yahaya yang memegang watak sebagai Syed Adam Aizril dan Hannah Delisha sebagai Aleya.

Saksikan Andai Itu Takdirnya yang telah ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 6 Mac 2023, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Sinopsis

Andai Itu Takdirnya

Aleya yang berasal dari keluarga yang sederhana meminati salah seorang rakan kolejnya iaitu Syed Adam Aizril. Syed Aizril dikenali dalam kalangan wanita kerana ketampanannya dan penampilan yang menarik. Sebagai anak kepada seorang tokoh korporat, dia sudah biasa dengan gaya hidup kaya dan berbangga dengan kekayaan keluarganya. Dia mempunyai standard yang tinggi dan sentiasa memandang rendah terhadap orang lain. Tanpa disangka, berlaku satu kejadian yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya.

Aleya memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang isteri tetapi malangnya Syed Aizril menyeksa hidupnya. Tidak lama selepas itu, Syed Aizril ditimpa kemalangan. Ia mengubah hidupnya dan dia menyesali semua kesalahannya terhadap Aleya. Demi cinta dan anak-anak, Aleya menerima juga Syed Aizril dalam hidupnya. Aleya dan Syed Aizril hidup bahagia bersama anak-anak selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam perkahwinan mereka.

Perkahwinan Syed Aizril dan Aleya tercabar sekali lagi apabila Syed Aizril jatuh cinta pada Sharifah Emilin yang muncul secara tiba-tiba dalam hidupnya. Janjinya terhadap Aleya mudah dilupakan. Pada ketika ini, perasaan Aleya terhadap Syed Aizril sudah hilang sepenuhnya. Hidupnya kini hancur kerana egonya. Patutkah Aleya beri peluang sekali lagi kepada Syed Aizril?

Andai Itu Takdirnya 2

Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya. Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. Hati itu masih hitam dengan dendam kesumatnya! Faizal pula, penjara masih tidak menginsafkannya. Kebencian pada Syed Aizril dan Aleya begitu mendalam sekali. Janjinya!Aleya dan Syed Aizril akan hidup merana!

Sharifah Azreen hadir dengan visi untuk memiliki cinta Syed Aizril. Dugaan yang melanda dalam hidupnya, mengoyahkan hati lelaki ini. Janji pada isterinya dilupakan begitu saja. Hati Syed Aizril sudah tepu dengan ego! Dan ego itu, akhirnya menghancurkan hidupnya. Saat ini, penyesalan dah tak berguna. Hati Aleya sudah mati buatnya! Perlu ke Aleya berpaling lagi?

Lelaki itu sudah menghancur lumatkan hatinya! Lelaki itu menyeksanya! Lelaki itu mengkhianati cintanya! Andai Itu Takdir-NYA, Aleya redha.