Assalamualaikum

Resepi Ketam Nipah Masak Kam Heong | Selepas sekian lama menyepi dalam dunia masakan walaupun boleh dikatakan setiap hari memasak untuk keluarga kecilku. Hari nie aku kongsikan resepi ketam nipah masak kam heong. Ehh ehhh! Korang boleh tukar kepada haiwan lain kalau tak makan ketam ye.

Bahan-bahan

  1. 1kg ketam nipah
  2. 2 biji bawang besar *cincang halus
  3. 5 ulas bawang putih *cincang halus
  4. 1 inci halia *potong memanjang
  5. 6 biji cili padi *potong
  6. 2 biji cili besar *potong
  7. 1 sudu lada sulah
  8. 3 sudu serbuk kari ikan
  9. 3 tangkai cili kering *potong memanjang
  10. 3 tangkai daun kari
  11. 3 sudu udang kering *ditumbuk halus
  12. Tepung jagung
  13. Serbuk kunyit
  14. Garam
  15. Gula
  16. Serbuk perasa
  17. 2 sudu sos tiram
  18. 3 sudu kicap pekat

Cara-cara

  1. Bersihkan ketam dan toskan
  2. Masukkan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam ke dalam bekas berisi ketam dan gaul sekata. Gorengkan sehingga masak dan angkat.
  3. Tumiskan udang kering sehingga naik bau
  4. Masukkan bawang putih, halia dan cili kering dan masak sehingga kekuningan
  5. Masukkan daun kari, serbuk kari ikan dan lada sulah. Gaul sekata dan masak sehingga pecah minyak
  6. Kemudian, masukkan sos tiram dan kicap. Selepas itu, masukkan cili padi dan cili besar yang telah dipotong itu.
  7. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Akhir sekali, masukkan ketam dan gaul.
  8. Sedia untuk dihidangkan.