Assalamualaikum
Global Sumud Flotilla (GSF) Dan Sumud Nusantara | Kalau sebelum nie aku kongsikan tentang sejarah flotilla, kali ini aku nak kongsikan peristiwa yang menggegarkan dunia sehingga seluruh dunia bangkit melawan. Allahuakhbar!
Baca: Sejarah Dan Asal Usul Flotilla Ke Gaza
Asal Global Sumud Flotilla (GSF) Dan Sumud Nusantara
Dilancarkan Julai 2025 – Global Sumud Flotilla (GSF) ialah kesinambungan daripada gerakan flotilla terdahulu seperti Free Gaza Movement (2008) dan Freedom Flotilla Coalition (2010 → Mavi Marmara).
Namanya diambil daripada perkataan Arab “Sumud” yang bermaksud keteguhan / ketahanan, simbol kecekalan rakyat Palestine bertahan di bawah kepungan Israel.
Berbeza dengan flotilla sebelumnya, GSF diatur dengan skala global, menggabungkan pelbagai blok rantau:
- Freedom Flotilla Coalition (FFC) – jaringan aktivis flotilla sejak 2010
- Global Movement to Gaza (GMG) – gerakan antarabangsa pro-Palestine
- Maghreb Sumud Flotilla – blok Afrika Utara
- Sumud Nusantara – blok Asia Tenggara
Apa Itu Sumud Nusantara?
Sumud Nusantara ditubuhkan 2025 sebagai cabang Asia Tenggara dalam GSF yang membabitkan gabungan NGO, pertubuhan masyarakat sivil dan sukarelawan dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand Selatan, Filipina Selatan, Singapura (ada juga penyertaan individu dari Myanmar & Kemboja).
Malaysia menjadi tonggak utama kerana pengalaman luas NGO seperti MAPIM, HALUAN, Aqsa Syarif dan Aman Palestine dalam konvoi kemanusiaan.
Tujuan utama adalah supaya Asia Tenggara tidak lagi hanya menghantar wakil individu tetapi hadir sebagai blok serantau yang bersatu suara di pentas global.
Matlamat GSF Dan Sumud Nusantara
Matlamat utama adalah untuk pecahkan sekatan laut Israel ke atas Gaza kerana sekatan ini dianggap haram di sisi undang-undang antarabangsa (UNCLOS, Geneva Convention). Selain itu, aktivis ini ingin menghantar bantuan kemanusiaan – ubat-ubatan, makanan, alat perubatan dan lain-lain. Tiada senjata seperti yang ditakuti oleh Israel laknaktullah.
Ini juga merupakan solidariti moral walaupun Israel mungkin menahan kapal, mesej utama ialah dunia tidak akan berdiam diri terhadap penindasan di Gaza. Harapan bangsa dapat menyatukan gerakan global – dari Eropah, Afrika hingga Asia Tenggara dan menjadi platform solidariti dunia Islam dan antarabangsa.
Ini adalah untuk mengangkat suara Asia Tenggara demi membuktikan rantau ini aktif, bukan hanya jadi pemerhati.
Perjalanan Flotilla 2025
- Akhir Ogos 2025: Kapal-kapal mula belayar dari Barcelona (Sepanyol), Genoa (Itali) dan Tunis (Tunisia). Peserta terdiri daripada aktivis antarabangsa (Eropah, Arab, Asia Tenggara).
- Delegasi Sumud Nusantara membawa:
- Wakil NGO Malaysia, Indonesia, Brunei
- Sukarelawan kemanusiaan
- Bekalan ubat & keperluan asas
Insiden Sepanjang Perjalanan
- 9 September 2025 – Kapal Family Boat di pelabuhan Tunisia diserang dron yang dipercayai serangan Israel
- Akhir September 2025 – Israel mula mengganggu komunikasi kapal flotilla. Hubungan dengan beberapa sukarelawan Asia Tenggara terputus
- 1 - 2 Oktober 2025 – 3 kapal utama GSF (Alma, Sirius, Adara) dipintas tentera laut Israel. Dalam kapal tersebut ada 7 sukarelawan Malaysia serta peserta lain Nusantara. Semua kapal dirampas, dibawa ke pelabuhan Israel. Komunikasi diputuskan, nasib sukarelawan menjadi tanda tanya.
Signifikan Global Dan Serantau
GSF merupakan flotilla terbesar selepas Mavi Marmara 2010. Pertama kali Asia Tenggara tampil dengan identiti sendiri (Sumud Nusantara) bukan sekadar penyertaan individu.
Ini memberi kesan yang sangat besar seperti:
- Liputan media antarabangsa menekankan keberanian Asia Tenggara
- Tekanan diplomatik ke atas Israel kerana menahan sukarelawan dari negara ASEAN
- Menyatukan NGO serantau dalam solidariti Palestin – kemungkinan membuka ruang kerjasama jangka panjang di luar isu Gaza.
Kesimpulan
Kesimpulan dari perjuangan ini, Global Sumud Flotilla bukan sekadar konvoi laut tetapi manifestasi solidariti global. Jika Mavi Marmara 2010 jadi simbol dunia Islam (khususnya Turki), maka Sumud Flotilla 2025 jadi simbol penyertaan Asia Tenggara / Nusantara dalam pentas global Palestine.
0 Comments