Assalamualaikum
Sejarah Dan Asal Usul Flotilla Ke Gaza | Dunia sentiasa dikejutkan dengan berita tentang Israel menyerang Gaza sehingga puluhan ribu yang terkorban. Rakyat Palestine menjadi mangsa keganasan Israel. Allahuakhbar!
Kali nie aku nak kongsikan sejarah dan asal usul Flotilla Ke Gaza. Jika ada tersilap, sila maklumkan untuk aku betulkan fakta ini ya?
Sejarah Dan Asal Usul Flotilla Ke Gaza
Selepas tahun 2007, situasi di Palestin berubah drastik apabila Hamas menguasai Gaza selepas konflik dalaman dengan Fatah. Israel dengan sokongan Mesir mengenakan sekatan penuh ke atas Gaza dari darat, laut dan udara.
Tiada kapal dibenarkan masuk ke Gaza kecuali dengan kebenaran Israel. Malah, nelayan Palestine sendiri hanya dibenarkan belayar dalam jarak beberapa batu nautika sahaja. Bahan asas seperti makanan, ubat-ubatan, simen, minyak dan keperluan pembinaan disekat. Gaza menjadi “penjara terbuka terbesar di dunia”.
Kesan sekatan:
- Krisis kemanusiaan berpanjangan
- Hospital kekurangan ubatan
- Infrastruktur rosak teruk akibat serangan, tetapi bahan binaan tak boleh masuk
- Penduduk Gaza bergantung pada terowong bawah tanah untuk bekalan
Dari sinilah lahirnya idea flotilla: kapal-kapal awam antarabangsa berlayar terus ke Gaza untuk pecahkan sekatan secara simbolik dan bawa bantuan.
Fasa Awal (2008–2009) – Gerakan Free Gaza Movement
Pada Ogos 2008, sebuah kumpulan aktivis antarabangsa yang menamakan diri mereka Free Gaza Movement (FGM) melancarkan pelayaran pertama dari Cyprus menuju Gaza. Mereka gunakan bot kecil bernama SS Free Gaza dan SS Liberty. Walaupun kapal ini kecil, ia berjaya masuk ke pelabuhan Gaza yang merupakan satu kejayaan besar kerana pertama kali kapal awam antarabangsa masuk tanpa izin Israel.
Antara bantuan awal: ubat-ubatan, alat sekolah dan aktivis hak asasi.
Keberhasilan ini memberi suntikan semangat orang sekeliling. Kalau kapal kecil boleh tembus, maka konvoi lebih besar mungkin boleh lakukan perkara sama. Namun, Israel mula meningkatkan kawalan selepas itu. Pada Disember 2008, ketika serangan besar-besaran Israel ke atas Gaza (Operation Cast Lead), flotilla seterusnya cuba masuk tetapi dipintas dan dihalang.
Freedom Flotilla I (2010) – Peristiwa Mavi Marmara
Ini merupakan detik paling bersejarah. Pada Mei 2010, sebuah konvoi antarabangsa bernama Freedom Flotilla I dibentuk oleh NGO dari lebih 40 negara. Terdapat 6 kapal dalam misi ini, termasuk kapal penumpang besar Mavi Marmara dari Turki yang membawa ratusan aktivis, wartawan, dan ahli politik.
Tujuan utama: bawa 10,000 tan bantuan kemanusiaan (makanan, ubat-ubatan, kerusi roda, simen, bahan binaan) dan secara simbolik menolak sekatan Gaza.
31 Mei 2010, ketika flotilla berada di perairan antarabangsa, tentera laut Israel menyerang Mavi Marmara. Komando Israel naik ke kapal dengan helikopter dan bot laju. Berlaku pergelutan, dan tentera Israel melepaskan tembakan. 10 aktivis Turki terbunuh dan lebih 50 aktivis cedera.
Kesan besar:
- Dunia gempar → bantahan besar-besaran di seluruh dunia
- Hubungan Turki - Israel merosot teruk
Peristiwa ini menjadikan “Mavi Marmara” simbol perjuangan global menentang sekatan Gaza
Selepas Mavi Marmara (2011–2018) – Flotilla Kecil Berterusan
Walaupun dunia terkejut, aktivis tidak berhenti. Beberapa percubaan flotilla selepas itu:
- 2011: Freedom Flotilla II – Stay Human cuba belayar dari Greece tetapi kerajaan Greece ditekan Israel dan EU untuk lalu tidak membenarkan kapal meninggalkan pelabuhan.
- 2012: Kapal Estelle (Sweden) cuba ke Gaza dengan aktivis parlimen dari Eropah tetapi ditahan oleh Israel.
- 2014: Women’s Boat to Gaza dilancarkan – kapal membawa aktivis wanita dari seluruh dunia (Norway, Sepanyol, AS, Malaysia). Namun, mereka juga dipintas oleh Israel.
- 2018: Freedom Flotilla – Right to a Just Future for Palestine. Kapal Al-Awda (Norway) dan beberapa lagi belayar dari Scandinavia ke Gaza. Tetapi, semua kapal dipintas oleh Israel.
Semua flotilla ini gagal sampai Gaza, tetapi berjaya menarik perhatian dunia. Tegaskan sekatan laut Israel adalah tindakan haram di bawah undang-undang antarabangsa. Dan ini berjaya membina rangkaian aktivis global.
Peranan Asia Tenggara Dan Dunia Islam
Negara Malaysia sejak awal menyokong flotilla. Aktivis Malaysia ada dalam Mavi Marmara 2010. NGO seperti MAPIM, Aman Palestin, HALUAN dan Aqsa Syarif turut serta dalam pelbagai misi. Tidak ketinggalan negara Indonesia, Turki, Qatar dan negara Arab juga aktif memberi sokongan.
Namun, penyertaan Asia Tenggara sebelum ini lebih bersifat individu/NGO kecil, belum pernah wujud kerjasama serantau rasmi.
0 Comments