BREAKING

6/recent/ticker-posts

Resepi Kek Batik Klasik Lembut Tanpa Telur

Assalamualaikum

Resepi Kek Batik Klasik | Bila sebut kek batik, terbayang-bayang manisan klasik yang penuh nostalgia! Resepi ni memang tak lapuk dek zaman. Dengan bahan ringkas dan cara yang mudah, kek batik tetap jadi kegemaran dari dulu sampai sekarang.

Bahan-bahan

  1. 300 gram biskut marie original
  2. 150 gram unsalted butter
  3. 250 gram susu pekat
  4. 250 gram susu cair
  5. 200 gram milo

Cara-cara

  1. Cairkan unsalted butter dalam periuk dan masukkan susu pekat, kacau sebati.
  2. Masukkan milo dan kacau agar tidak berketul-ketul.
  3. Selepas itu, masukkan susu cair dan biskut yang telah dipatahkan.
  4. Gaul sebati dan tutup api.
  5. Masukkan adunan ke dalam bekas atau loyang yang dilapik baking paper, padatkan.
  6. Sejukkan seketika dan simpan ke dalam peti ais selama 2 jam.
  7. Selepas 2 jam, keluarkan dari bekas atau loyang, potong dan siap untuk dimakan.

Senang je kan? Tak perlu banyak bahan, tapi hasilnya memang sedap tak terkata! Kalau dah cuba nanti, jangan lupa kongsi hasilnya. Aku suka tengok versi kek batik masing-masing. Selamat mencuba dan semoga menjadi resepi wajib setiap kali craving coklat menyerang!

Sekarang kan kita dah boikot milo. So, korang boleh je gantikan dengan vico. Sedap tau! Dengan resepi nie laa aku berniaga kek batik tu. Tak perlu telur untuk lembutkan biskut tu. Kalau nak crunchy, lepas gaul terus angkat. Kalau nak versi lembut lagi, gaul sedikit lama dan lebihkan susu cair.

Post a Comment

0 Comments