Assalamualaikum


7 Cara Mudah Mencari Tempat Latihan Industri/Praktikal | Walaupun hampir tiga tahun meninggalkan zaman latihan industri atau lebih mudah dikenali sebagai praktikal, aku akan berkongsi cara mudah 9 cara mudah mencari tempat latihan industri/praktikal kepada pelajar-pelajar yang sedang mencari atau bakal mencari tempat-tempat itu.

1. Tetapkan hala tuju

Paling penting dan utama, tetapkan hala tuju kita. Sebelum nak pilih tempat tu, kena tahu dengan lebih mendalam tentang bidang yang kita sedang belajar. Contohnya; belajar bidang Tourism, takkan nak pilih syarikat IT. Kenapa kena tahu? Pernah dengar tak tuah ayam nampak dikaki? Haa kita belum tahu tuah kita dimana. Kalau ada rezeki, boleh diserap sebagai pekerja tetap di syarikat itu. Sebab itu pentingnya tetapkan hala tuju.

2. Kecilkan skop

Kecilkan skop bidang yang korang belajar untuk lagi mudah mencari tempat praktikal. Contohnya IT. IT nie bidang sangat meluas! Software, hardware, system, application, networking, programming semua bawah satu bumbung iaitu IT. Jadi bagaimana nak kecilkan skop? Tentukan kekuatan korang! Kalau korang kuat atau mudah pecut dalam programming, pilih syarikat yang ada menyediakan peluang yang dalam bidang programming. Contohnya kalau Jobstreet, ada mencari jawatan programmer untuk latihan industri.

3. Cari syarikat dan selidik latarbelakang syarikat

Pernah dengar atau terbaca kisah belajar bidang kesetiausahaan tetapi praktikal kena photostat kertas kerja pembantu tadbir dan buat air. Pernah? Nak jadi macam tu ke? Atau belajar bidang IT tetapi kau kena buat sales kat luar. Haa sebab itu kena gali dalam-dalam syarikat yang bersesuaian dan selidik latarbelakang syarikat. Penting tau walaupun nampak macam tak masuk akal.

4. Tanya pendapat

Sebelum buat apa-apa keputusan, tanya pendapat orang lebih berpengalaman. Tapi ingat! Hanya pendapat dan pandangan serta nasihat. Kalau sejenis yang keji, tak perlu. Orang lebih berpengalaman mungkin akan kongsikan suasana dan bagaimana cara mudah untuk kita belajar dalam alam pekerjaan.

5. Resume dan cover letter

Pernah dengar cover letter? Cover letter nie penting tau! Jangan nak hantar resume semata-mata. Tahu tak betapa pentingnya cover letter kerana ia sebagai pembuka bicara kita. Tak ada lah terus baca resume. Macam mana nak buat resume? Sila google!

6. Email dan call syarikat

Apa korang lepas hantar resume tu terus selamat diterima laa ye? Ingat ada yang rajin ke nak belek email atau surat satu-satu? Ada sesetengah syarikat masukkan email korang dalam trash je terus. Sebab tu wajib hubungi syarikat tersebut. Bagitahu pukul berapa dan tarikh korang hantar email itu

7. Dah selesai? Tunggu jawapan

Dah selesai 1-6 langkah-langkah tu, maka tawakkal je laa. Usaha pun korang nak buatkan? Kalau diterima, alhamdulillah. Bersyukurlah.. Jangan lupa padaNya. Kalau dah berlatihan industri tu, jujur dan lakukan yang terbaik. Tetapi jangan perasan macam pekerja tetap pulak untuk kau arah orang.

AMARAN!!!

Kalau nak cari tempat latihan industri, carilah awal-awal. Buat list syarikat satu semester awal. Contohnya latihan industri semester enam, masa semester empat tu dah buat list. Semester lima terus hantar resume dan call je. Jangan last minutes! Syarikat pun malas nak terima sebab dah taktahu korang sejenis pelajar suka buat kerja last minutes. Kalau tak diterima, meraunglah kau!

Dan, jangan focus pada duit. Maksudnya jangan focus pada elaun yang dibayar. Kalau dapat syarikat yang dekat dengan rumah dan tidak dibayar elaun, terima je. Sebab? Tak semua syarikat sediakan elaun. Kalau dapat syarikat dalam bidang korang, dekat dengan rumah dan dibayar elaun, itu bonus buat korang. So, goodluck!
Assalamualaikum


Layanan Seorang Reservation Hotel | Sementara hati masih lagi berbekas tentang perangai seorang reservation di sebuah hotel ini, baik aku kongsikan tanpa mengaibkan. Sekadar bercerita dan semoga menjadi teladan untuk pekerja-pekerja dan orang lain supaya hormat sesiapa sahaja walaupun dia seorang pengemis. Ingat! Ini sekadar perkongsian aku. Dilarang sama sekali diolah sehingga menjadi fitnah!

Ceritanya aku diarahkan oleh majikan aku untuk mencari beberapa buah hotel untuk dapatkan special rate. Company aku sedang memilih Best Employee Of The Year dan pemenangnya bakal dihadiahkan penginapan 3 hari 2 malam di salah sebuah hotel yang aku cari tu. Aku nie haruslah cari hotel yang terbaik untuk pemenang. Tapi malangnya aku terjumpa seorang pekerja yang sedikit tiada kesopanan.

Suatu petang tu aku hubungi sebuah hotel di Pahang selepas aku google tentang hotel tu. Ramai yang bagi review yang baik-baik je. Maka aku pun percaya yang hotel itu bagus dan sesuai untuk pemenang tapi malangnya 👎 Kenapa? Aku hubungi Central Reservation Office untuk bertanya berkenaan harga tapi jawapannya tak sesuai.

Aku : Assalamualaikum.. Saya dari **** Beach Resort. Kami ada mengadakan Best Employee Of The Year dan pemenangnya kami nak hadiahkan menginap di hotel anda. Boleh saya dapat special rate untuk 3 hari 2 malam?

Central Reservation Office : Special rate? Tak ada. Tengok je harga kat website tu.

Kalau korang ada di tempat aku, apa yang korang akan fikir tentang pekerja itu? Sesuaikah cara bicaranya dengan seorang pelanggan? Aku tak kisah kalau tiada special rate sebab aku boleh minta normal rate tapi tak perlu jawab macam itu. Hormatlah walau siapa pun yang bertanya. Kalau dia jawab elok-elok, aku pun selesa berbincang dengannya. Mungkin aku terus booking. Dah tahukah dengan itu, mungkin aku nie Allah swt telah utuskan sebagai rezeki untuknya pada hari itu?

Sepanjang aku berbicara, aku tidak rasa aku ada terlukakan perasaan sesiapa. Dialog aku masih sama seperti di atas. Hanya bertanyakah special rate. Bukan mengemis meminta complimentary voucher atau discount voucher. Kenapa perlu jawab seperti itu? Kalau dah penat nak layan pelanggan, aku rasa tiada masalah lagi untuk jawab " Maaf cik, kami tiada special rate. Cik boleh harga kat website kami www.dotdotdot.com untuk normal rate " atau " Maaf cik, kami tiada special rate. Normal rate kami bermula dari harga RMdotdotdot "

Aku mohon kepada sesiapa yang sahaja terutamanya menyandang jawatan khidmat pelanggan, jawablah setiap persoalan pelanggan anda dengan baik. Mungkin pelanggan anda pembawa rezeki anda untuk hari tu. Tahukah anda perkataan maaf sangat bermakna buat orang seperti aku?

Kepada pihak berkenaan, aku maafkan walaupun pekerja yang menjawab panggilan aku pada hari itu langsung tidak minta maaf. Hal kecil je kan? Aku pun sekadar berkongsi disini tanpa menulis nama hotel itu. Aku pun bekerja dalam bidang perhotelan. Aku juga masih lagi mencari dan belajar tatacara bercakap dengan pelanggan walaupun hanya dengan bantuan google. Kenapa? Kerana aku ingin menjaga nama baik aku dan resort aku mencari rezeki ini.

UPDATE: Pihak hotel berkenaan telah meminta maaf tetapi pekerja yang jawab panggilan aku tidak minta maaf. Tak apa, semua orang lakukan kesilapan. End!
Assalamualaikum
Jom Terbang Hanya Dengan Let’s Go Manchester | Jom menang contest Let’s Go Manchester bersama Dashing ini yang bakal tamat pada 31 Januari 2018. Tak lama dah weyy! Masih berbaki enam hari lagi. Kalau korang nak menyertainya, masih sempat tau. Jangan risau!

Sebenarnya, aku nie salah seorang peminat bola sepak Manchester United! Jadi, aku taknak lepaskan peluang yang ada depan mata nie. Mana tahu, ada rezeki dapat terbang ke sana. Tiada yang lebih menggembirakan selain menonton perlawanan bola sepak secara langsung antara Manchester City Football Club (MCFC) vs Manchester United (MU).

Pemenang contest ini bakal memenangi penginapan percuma selama 4 hari 3 malam, perjalanan ke Manchester, United Kingdom untuk 6 pemenang bertuah yang termasuk tiket VIP untuk menonton pertandingan langsung antara MCFC vs MU sebagai hadiah utama dalam contest Let's Go Manchester!


Pemenang bukan saje dapat menonton perlawanan bola sepak secara langsung di Stadium Etihad, malah dapat juga berjalan menikmati keindahan negara orang dan melawat ke National Football Museum dan stadium lain seperti Old Trafford, Etihad and Anfield. Mungkin akan ada peluang korang untuk berinteraksi dan mendapat tandatangan daripada MCFC Legends.

Haaa, mesti korang tertanya-tanya macam mana nak sertai contest ini kan? Semudah 1 2 3 je kalau nak sertainya. Macam mana? Beli mana-mana produk Dashing atau Elite dengan satu resit sahaja. Kemudian, ambil gambar resit itu dengan jelas dan sertai sekali nama, nombor kad pengenalan (IC) dan nama outlet yang korang beli produk Dashing atau Elite itu dan whatsapp je ke +6016-997 2373. Mudah je kan? 


Tunggu apa lagi tu? Takkan nak baca je. Jomlah sertai dan jadi pemenang untuk tonton secara langsung dari kerusi VIP dengan 50 000 peminat dan bersama Dashing jenama penjagaan lelaki terkemuka di Malaysia!

Untuk maklumat lebih lanjut dan tepat, boleh lawati www.facebook.com/Dashing.MY atau website Dashing www.dashing.com.my atau hubungi helpline ditalian 03-80238311.

Bak kata aku:

Deodorant Ultimate Kick nie bau memang superb! Wangi dan tahan lama. Jadi, tiada masalah ketiak berbau ya. Sama juga macam perfume itu. Bau tak kuat menusuk hidung sangat. Bau sesuai dengan lelaki tetapi bagi aku, kalau perempuan muda-muda yang pakai perfume nie pun, no hal! Wangi oii!
Assalamualaikum


Sebahagian para Nabi berkata kepada Malaikat pencabut nyawa, “Tidakkah kau memberikan peringatan kepada manusia bahawa kau datang sebagai Malaikat pencabut nyawa sehingga mereka akan lebih berhati-hati?”

Malaikat menjawab, “Demi Allah, aku sudah memberikan peringatan dan tanda-tanda yang sangat banyak berupa penyakit, uban, penglihatan mulai tidak jelas (Terutama ketika sudah tua).

“ Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila telah datang peringatan tadi, ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekalan yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya: “ Bukankah aku telah memberimu banyak tanda-tanda bahawa sebentar lagi aku akan datang? ”

“ Ketahuilah, aku adalah peringatan terakhir, setelah ini tidak akan datang peringatan yang lain. ” (Hadis riwayat Imam Qurthubi)

Nabi Ibrahim pernah bertanya kepada Malaikat maut yang mempunyai dua mata diwajahnya dan dua lagi ditengkuknya, “ Wahai Malaikat pencabut nyawa, apa yang akan kaun lakukan seandainya ada dua orang yang meninggal di waktu yang sama: yang satu berada di hujung timur dan yang satu berada di hujung barat, serta ditempat lain tersebar penyakit yang mematikan dan dua ekor binatang pun akan mati? ”

Malaikat pencabut nyawa berkata, “Aku akan memanggil roh-roh tersebut, dengan izin Allah SWT, sehingga semuanya berada diantara dua jariku, bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bejana (bekas) besar dan dapat mengambil yang mana saja sekehendak hatiku. ” (Hadis riwayat Abu Nu’aim)

Orang mati mendengar tetapi tidak mampu menjawab

Rasulullah SAW memerintahkan agar mayat-mayat orang kafir yang terbunuh ketika perang Badar dilemparkan ke dalam sebuah perigi tua.

Kemudian Rasulullah mendatanginya dan berdiri dihadapannya. Setelah itu, baginda memanggil nama mereka satu persatu, “ Wahai fulan bin fulan, apakah kalian mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kalian untuk kalian benar-benar ada? Ketahuilah sesungguhnya aku mendapatkan apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar-benar ada dan terbukti. ”

Umar lalu bertanya kepada Rasulullah SAW, “ Wahai Rasulullah, mengapa engkau mengajak berbicara orang-orang yang sudah menjadi mayat? ”

Rasulullah SAW menjawab, “ Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran, kamu memang tidak mendengar jawapan mereka atas apa yang tadi aku ucapkan. Tapi ketahuilah, mereka mendengarnya tetapi mereka tidak dapat menjawab. ” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Assalamualaikum


10 Januari 2018, genap setahun diterima kerja disini. Setahun sudah menabur bakti bekerja di resort ini. Susah senang aku siapkan kerja, suka duka, dimarah dan segalanya aku lalui disini. Disini juga aku mula tahu serba sedikit tentang dunia hotel. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah untuk ilmu dan pengalaman berharga ini.

Suka atau tidak? Jujur aku katakan, aku suka dengan kerja aku sekarang. Walaupun kadang kala aku stress dengan cara kerja aku. Mustahil tak stress kan? Kerja apa-apa pun mesti ada akan tekanan. Kalau tak, takkan masa temuduga, penemuduga akan tanya " Boleh bekerja dibawah tekanan ? ". Betul tak? Sedangkan kau nak buang air besar pun kau boleh stress, ini kan pulak kerja 🤣

Kalau rakan sekerja, biasalah. Bila bekerja, kau akan jumpa pelbagai jenis perangai manusia. Baik dan sopan, suka ambil kesempatan, baik di depan tetapi dibelakang lebih busuk dari sampah, bising tetapi jujur, diam tetapi api dalam sekam dan banyak lagi. Kalau aku senaraikan, tak jadi entri blog dah tapi jadi novel bersiri. Banyak weyy! 😂

Sejenis perangai-perangai yang macam nie lah buat aku lebih berhati-hati untuk berkawan. Bukan mudah nak jadikan seseorang itu kawan kita. Kawan yang dalam masa yang sama boleh jadi lawan. Kadang kala jumpa yang tak jujur. Itu bahaya! Nak selidik dia jujur atau tidak tu memang perlukan masa. Apatah lagi bagi aku, setahun tu baru je lagi aku terjun ke dalam syarikat ini.

Tak boleh nak cerita lebih, sulit kerana ianya kerjaya aku. Mana tahu dalam apa stalker kan? Aku bercerita sekadar suka-suka. Tiada nama yang disebut, tiada hint yang aku berikan. Hanya sekadar cerita yang dikongsikan. Tetapi seperti aku selalu sebut, siapa makan cili dia akan rasa pedasnya!
Assalamualaikum


Zaman teknologi yang makin maju dan pesat, pelbagai kemudahan disediakan bagi memudahkan kita sebagai pengguna untuk access. Contohnya akhbar harian, sistem sekolah, laman sosial dan terbaru ialah Sujood.co.

Apakah Sujood.co ini?
Sujood.co ini ialah platform untuk kita mengenali perasaan kita dan ayat Al-Quran yang sesuai dengan perasaan yang kita tengah alami itu. Kita perasaan kita sunyi sepi, akan keluar ayat Al-Quran yang sangat sesuai! Maka, kita tahu apa ayat yang sesuai dan berdoalah.

Contohnya!
Seperti gambar dibawah, aku pilih hurt mewakili perasaan aku tengah alami. Mudah bukan? Zaman teknologi tengah maju, kita patut guna sebaik mungkin untuk bina benda-benda yang berfaedah seperti ini. Jom kongsikan bersama. Supaya bermanfaat untuk semua.


"Shield Me"

اللهم جنبني الهوى، و جنبني النظر الحرام، و جنبني المعاصي، و جنبني الفتن يا رب العالمين

Oh Allah shield me from harmful desires! Shield me from looking at the prohibited! Shield me from my rebellions! And shield me from trials oh Lord of the Universes!
Assalamualaikum


Allah SWT telah menegaskan dalam Al-Quran Surah Al-Hujaraat ayat 13 bahawa makhluk hidup itu diciptakan berpasang-pasangan dari jenisnya. Jika sudah dipertemukan dengan jodohnya, maka Allah akan mengembangbiakkan menjadi lelaki dan perempuan yang baik sekali. Jodoh merupakan rahsia yang hanya diketahui oleh Allah swt.

Memang benar jodoh tersebut berada di tangan Allah SWT. Tetapi, bila tidak dijemput maka jodoh tersebut akan tetap berada di tangan Allah. Itulah yang membuat kita harus berikhtiar untuk mendatangkan jodohnya. Jodoh akan datang dengan cepat jika orang tersebut tahu cara menjemputnya dari tangan Allah. Ketika semua usaha sudah dilakukan, maka tinggal menunggu Allah memberikan jodoh tersebut kepada kita dengan caraNya. Berikut ini adalah empat cara menjemput jodoh dari tangan Allah SWT.

Perbanyak Berdoa
Cara pertama yang harus dilakukan untuk menjemput jodoh dari tangan Allah adalah dengan memperbanyakkan doa. Ada orang yang dijauhkan dari jodohnya kerana kurang berdoa. Untuk itu berdoalah kepada Allah agar dibimbing menjadi dan menuju jodoh yang soleh dan solehah. Tetapi doa tidak dikabulkan terus. Untuk itu disarankan untuk tidak jemu berdoa mengharapkan Allah mengabulkan doa tersebut.

Waktu yang paling tepat untuk berdoa adalah ketika selesai melaksanakan solat. Disarankan untuk meminta ibu dan ayah serta keluarga turut berdoa, supaya doa tersebut menjadi lebih kuat dengan izin Allah. Ada baiknya tiap kali berdoa, diawalkan dengan beristighfar terlebih dahulu. Selepas itu, berselawat dan berdoalah seperti yang diinginkan.

Kenali Tanda-Tanda Allah
Setelah berdoa, langkah seterusnya yang harus dilakukan untuk menjemput jodoh dari tangan Allah SWT adalah dengan memperhatikan tanda-tanda yang diberikan Allah. Biasanya setelah berdoa untuk meminta jodoh, beberapa waktu setelahnya Allah akan memberikan sebuah tanda seperti akan datangnya lamaran yang datang ke rumah. Itu merupakan salah satu tanda dari Allah yang mengabulkan doa orang tersebut. Jangan pernah mengabaikan tanda dari Allah walaupun sekecil biji zarah, tetaplah bersyukur.

Sedekah Mempercepat Terkabulnya Doa
Rajin bersedekah menjadi salah satu upaya untuk menjemput jodoh yang berada di tangan Allah SWT. Selain dapat mempercepat terkabulnya doa mendapatkan jodoh, sedekah juga memiliki manfaat yang luar biasa. Seperti membuka pintu rezeki, menjauhkan diri dari sifat bakhil serta membuat orang selalu bersyukur.

Lalui Situasi Itu
Setelah melakukan berbagai usaha untuk menjemput jodoh seperti berdoa, mengenali tanda-tanda Allah swt dan bersedekah kiat yang terakhir adalah melalui situasi tersebut. Laluilah situasi ini dengan penuh tawakal kepada Allah dan tunggulah hingga Allah mengabulkan doa untuk mendapatkan jodoh tersebut. Ketika doa tersebut sudah terkabul, maka perbanyaklah syukur kepada Allah.

Itulah empat cara menjemput jodoh dari tangan Allah SWT. Tidak cukup sampai disana, teruslah beribadah kepada Allah swt. Teruslah berusaha dan berdoa lalu serahkan segala sesuatunya kepada Allah SWT.
Assalamualaikum

Memiliki kulit wajah yang flawless tentunya menjadi impian semua wanita. Sayangnya, tidak semua wanita memiliki kulit wajah yang cantik, bersih dan sihat. Berparut, jerawat, garis-garis halus dan warna kulit wajah yang tidak merata sering kali menjadi penghalang untuk tampil cantik.

Untungnya, saat ini sudah banyak cara untuk menyembunyikan itu, salah satunya dengan menggunakan foundation. Alas bedak ini mampu menyembunyikan noda pada wajah dan juga meratakan warna kulit sehingga membuat tampilan wajah terlihat lebih sempurna. Selain itu, salah satu kuncinya ialah jenis foundation yang digunakan.

Namun, untuk mendapatkan hasil yang baik dan flawless, tentunya anda tidak boleh sembarangan memilih foundation. Jangan sampai alas bedak yang anda pilih merosakkan tampilan kulit wajah anda. Hal terpenting yang wajib anda lakukan adalah anda perlu kenal jenis kulit anda dan jenis foundation seperti apa yang sesuai untuk diaplikasikan pada wajah kamu. Masih tidak tahu memilih foundation yang sesuai untuk kulit wajah? Disini aku kongsikan rahsia penyelesaiannya.


LIQUID FOUNDATION 
  • Foundation jenis liquid nie sesuai untuk semua jenis kulit sebab ada sesetengah foundation dia ada tulis oil based or water based formula.
  • Untuk kulit berminyak, anda perlu cari foundation yang ada water based formula.
  • Untuk kulit kering pula, anda perlu cari foundation yang ada oil based formula.
  • Ada banyak shade yang boleh anda pilih mengikut jenis kulit. Dari yang putih gading hingga ke coklat gelap. Senang kita nak pilih shade yang sesuai sebab ada banyak pilihan. Jangan salah pilih warna foundation sudah.
  • Anda boleh apply liquid foundation nie menggunakan jari, sponge and stippling brush atau synthetic brush.


CREAM FOUNDATION 
  • Tekstur foundation ni memang tebal dan dapat cover parut-parut kat muka.
  • Sangat sesuai untuk orang yang berkulit kering sebab foundation jenis krim ni dia ada moisturizer untuk melembapkan kulit muka.
  • Tapi tak sesuai untuk kulit berminyak. Sebab tekstur dia pun krim dan berminyak. Apabila orang yang mempunyai kulit berminyak pakai pulak jenis krim, menyebabkan kulit muka tambah berminyak.
  • Foundation ni pun banyak shade. Biasanya jenis krim ni dia menjanjikan kulit muka yang licin macam anak patung lah, flawless cantik tak terkata lah dan macam-macam lagi.
  • Dah pakai nie, anda perlu lengkapkannya dengan memakai translucent powder. Tak tahu translucent powder tu apa? Sama seperti loose powder tetapi dia tak ada warna dan hanya bagi kesan gebu sahaja.
  • Cream foundation ini jangan pakai seperti bedak. Hanya dab dab sahaja sebab taknak bagi nampak berminyak sangat.
  • Lebih tahan lama apabila dipakai dan kadang kala cuci pun susah nak hilang. Jadi, sila pastikan guna makeup remover.
STICK FOUNDATION
  • Bagi yang ada masalah kulit berminyak, foundation ni memang sesuai dengan anda semua.
  • Tak sesuai untuk kulit kering kerana ia menyebabkan kulit muka akan lebih kering.
  • Foundation jenis ini berbentuk solid dan bila disapu kat muka, dia cepat rata dan sekata.
  • Tidak perlu pakai bedak!
  • Apabila tetap juga pakai bedak, muka korang akan nampak cakey atau bahasa mudah fahamnya terlalu tebal macam opera cina.
  • Foundation jenis ini dapat menyembunyikan parut, jerarwat dan tona tidak sekata diwajah anda.

MOUSSE FOUNDATION
  • Mousse foundation sekali tengok macam tanah liat pun ada.
  • Foundation jenis ni ibarat gabungan powder foundation dan liquid foundation. Bila pakai akan rasa seperti pakai foundation jenis powder tetapi dapat coverage seperyi liquid foundation.
  • Coverage dia superb jika pandai apply. Kulit kering kurang sesuai nak pakai yang ini kerana boleh nampak seperti pakai mask je. Kulit berminyak pun sama, kurang sesuai kerana ia mungkin buat kulit nampak terlebih sinar.
  • Kalau tak pandai pakai, elakkan jenis ni.
  • Matte finish and medium coverage.
  • Kalau sapu dan blend kat muka, dia cepat jadi kering macam bedak. So, tak payah pakai bedak.

SPRAY FOUNDATION
  • Jenis ni agak asing bagi kita kat Malaysia. Jarang tengok orang pakai jenis ni.
  • Foundation yang menjanjikan kesan matte. Tekstur ringan sesuai untuk nampak natural. Paling best, boleh pilih nak coverage macam mana.
  • Makin banyak kita apply, makin full coverage.
  • Memang ada kata spray je kat muka direct macam spray air tu.
  • Untuk kesan lebih baik, disarankan spray dulu pada berus atau span, baru apply pada muka.
  • Dengan cara ni boleh kawal penggunaan dan coverage kita nak. Bila dah biasa barulah apply direct pada muka.

Assalamualaikum


Selamat tahun baru 2018 dan kembali ke alam persekolahan sekolah kepada adik-adik yang masih bersekolah. Hihihiii.. Rindunya nak masuk darjah 1 lagi! Rindu nak beratur beli nasi goreng dan keropok lekor kat kantin. Rindu nak berebut-rebut beli pensil kat koperasi. Rindu nak pergi bilik guru ambil kapur. Rindu SK Pusat Dungun 😭

Takpe, biarkan kenangan tersimpan. Jom bicarakan tentang azam. Sempena membuka lembaran tahun baru nie kan, mesti ramai yang dah pasangkan azam siap-siap kan? Ada yang kuruskan badan *aku lah tu*, ada yang nak start mengumpul duit belanja barangan persekolahan anak-anak untuk tahun hadapan dan banyak lagi lah tetapi pentingkan azam itu?

Bila bercerita tentang azam, ada yang cakap poyo sebab sibuk nak berazam. Memanglah akan nampak poyo kalau kau ada RM15 dalam simpanan tapi kau punya azam nak pergi bercuti oversea. Macam angan-angan mat jenin tetapi tak mustahil kalau dapat durian runtuh. Kan?

Sampai bila nak berada ditakuk lama? Kebaikan azam nie ialah bila kita ada azam, kita tahu target kita. Yes, berazam tidak perlu tahun baru. Setiap masa boleh kita bina azam tu dalam diri kita. Azam bukan waktu tertentu sahaja. Faham?

Dari mata kasar, berazam nie sebenarnya mempunyai nilai positif yang sangat besar! Jangan pernah takut untuk berazam walaupun kadang kala kita boleh agak hasilkan negatif.  Kalau tak nak hasilnya negatif, jangan berazam tanpa usaha. Merancang tanpa usaha memang sah seperti angan-angan mat jenin. Sekadar angan-angan yang dibawa angin lalu.

" Cheers to a new year and another chance for us to get it right " - Oprah Winfrey