Resepi Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk

Assalamualaikum


Resepi Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk | Sarapan pagi dengan nasi goreng ikan boleh buat berat badan naik wooo! Sedap! Nak cuba? Mehh sini aku kongsikan resepi istimewa nasi goreng ikan nie. Kalau orang Terengganu, memang suka sangat! Sebab masa zaman aku belajar, aku buat nasi goreng ikan nie, kawan aku tertanya-tanya sedap ke? 😑

Bahan-bahan

1. Nasi putih
2. 5 ekor isi ikan goreng dihancurkan (Boleh guna ikan selayang/selar/selar kuning/tongkol)
3. Segenggam cili kering dah direbus *tumbuk
4. 2 biji bawang besar *tumbuk
5. 6 ulas bawang putih *tumbuk
7. Sedikit belacan *tumbuk
8. Sayur-sayuran
9. Sos ikan *optional

Cara-cara

1. Tumbuk bahan-bahan bertanda dengan kasar. Nak blend pun boleh tapi jangan halus sangat bila blend
2. Tumis bahan-bahan tumbuk itu sehingga pecah minyak supaya bahan-bahan itu masak
3. Bila dah pecah minyak, masukkan isi ikan goreng. Isi ikan goreng dihancurkan dan dileraikan
4. Masukkan nasi putih dan gaul sekali. Perasakan dengan gula dan garam
5. Campak sayur-sayuran dan renjis sedikit sos ikan. Siap!





Nahhh! Siap pun nasi goreng ikan cili tumbuk aku. Nak lawankan dengan telur mata pun boleh. Tapi aku selalu lawankan dengan ikan kering. Makk aihh! Sedapnya. Kalau hujan-hujan makan nasi goreng ikan cili tumbuk nie, memang syiokk! Kalau korang nak cuba, boleh guna resepi nie. Mudah je! Sedap pun sedap..

7 comments: