Dashing 2 In 1 Face And Body Wash: Pembersih Wajah Dan Badan Lelaki Maskulin

Assalamualaikum


Dashing 2 In 1 Face And Body Wash: Pembersih Wajah Dan Badan Lelaki Maskulin | Bila tengok produk-produk lelaki, terus seperti terdengar-dengar je lagu allahyarham P.Ramlee bertajuk Beginilah Nasib 😭😭😭 Apakah ini tanda-tanda aku perlu cari jodoh secepat mungkin?  😂

Beginilah nasib diriku yang malang, Oh Tuhan
Tak boleh bersenang lenang
Berehat sekejap produk Dashing sudah sampai
Tiada suami lagi, abang dan ayah yang kebas ♫♬

Jenama Dashing semestinya sudah tidak asing lagi bagi lelaki maskulin. Dashing adalah salah satu jenama yang melambangkan maskulin dan keyakinan lelaki. Yang teguh berdiri lebih daripada 20 tahun, ia telah sebati dengan jiwa lelaki di Malaysia. Selain itu, jenama ini cukup sinonim dengan sangat berkualiti dan wangian yang tahan lama, ia mampu mencorakkan lelaki di zaman moden ini untuk lebih berkeyakinan dengan harga yang berpatutan.

Dashing juga memahami kaum lelaki serta menarik perhatian mereka dengan gaya yang kontemporari, gempak, bertenaga dan berkeyakinan. Produk ini juga mempunyai daya tarikan tersendiri dan meningkatkan personaliti pengguna sendiri.



Lelaki di zaman moden ini amat mementingkan penjagaan dan penampilan diri. Sebelum menghadapi hari-hari yang mencabar, membersihkan wajah dan badan dapat memberikan kesegaran dan bersih sepanjang hari. Selain itu, membersihkan wajah dan badan selepas penat seharian dapat menyingkirkan segala kotoran pada wajah serta minyak akibat habuk, kelembapan dan pencemaran.


Kini, Dashing telah memperkenalkan satu lagi produk terbaru dan aku pasti, produk ini mempunyai tarikan terbaru. Dashing 2 in 1 Face And Body Wash yang telah dirumus dengan formulasi dua aksi efektif untuk memberikan anda kulit segar dan sihat sepanjang hari. Pembersih wajah dan badan ini diperkenalkan dengan pek pam bersaiz 700ml.

Dashing 2 in 1 Face And Body Wash mempunyai 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi dengan pewangi Dashing eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.


COOL - Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.


ACTIVE - Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.


ULTIMATE KICK - Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.


HATTRICK - Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan haruman Amber.

 
Harga Dashing 2 In 1 Face And Body Wash?
Bagi sesiapa yang ingin memiliki Dashing 2 In 1 Face And Body Wash, boleh miliki dengan harga hanya RM17.90 yang bersaiz 700ml. Boleh terus layari http://www.dashing.com.my/ untuk maklumat lebih lanjut.

58 comments:

  1. bagus untuk lelaki di luar sana, senang sekali cuci dengan satu sabun je hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul tu. 2 in 1 nie paling best!

      Delete
  2. Lelaki bersih dan harum idaman wanita tentunya hahahaa...
    Dashing 2 In 1 Face And Body Wash wajib dimiliki. Ayo.para lelaki miliki produk best ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju kok. Hahahahaa.. Idaman para wanita gitu.

      Delete
  3. Akak memang suka bau dashing ni. Teserlah bau kejantanan hahaha. Harga pun berbaloi. Malah mudah di beli. Guardian dan Watsons pasti ada. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahahaaa okay ayat bau kejantanan tu betul. Sebab tak terlalu kuat sangat pun.

      Delete
  4. Senang sangat ni face and body wash 2in1. Dashing ni mmg memahami kehendak lelaki hihi yelah lelaki kan malas nak berbelanja sabun badan la lepastu nak beli pencuci muka lagi. Kalau ada 2in1 mcmni kan senang, sekali harung. Harga pun murah tak sampai rm20 pun. Ada empat jenis sesuai dgn citarasa masing2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaaa a'ah. Lelaki nie biasanya sabun tu boleh dijadikan shampoo dan pencuci tau! Kali nie, satu produk boleh dijadikan face and body wash terus

      Delete
  5. menariknya ni. boleh beli untuk suami ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila beli sekarang! Boleh grab di Guardian, Watson atau mana-mana kedai.

      Delete
  6. Akak dh letak dh dashing ni nat bilik air umah akak..senang sg lelaki nak guna..abah akak suka la tu..adik2 ipar akak pun..hehehe..bagus dashing..selalu keluar denga product baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa eyqa pun abang dengan ayah ambil dulu satu sorang. Hihihii.. Betul tu! Produk Dashing paling best!

      Delete
  7. Mudah utk lelaki. One shot face & body. Lelaki kat serba serbi ringkas. Most of them tak suka kalau byk benda kena pakai. Mcm mr. Asben aida lah :-)
    So, agt bagus la dashing create ni. Dashing pon memang wangi, baunya is bau lelaki tulen heh heh heh :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yups! 2 in 1 nie yang jadi tumpuan. Tak perlu banyak benda.

      Delete
  8. Dulu husband beli bedak dengan perfume dia ja. Sekarang ada body wash plak ek. Menarik ni. Boleh beli utk husband

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Makin banyak dah produk dashing sekarang nie

      Delete
  9. Suka bau dia, wangi! Kadang curi guna jugak, hehehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaaaa amboiii! Menyempat ehh kak mas

      Delete
  10. Replies
    1. Kaannn! Lepas nie boleh grab lagi.

      Delete
  11. Bau lelaki sangat Dashing ni..

    ReplyDelete
  12. Husband Haida pakai ni juga. Lpas mandi wangi je mcm pakai perfume

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa setuju tu Kak Haida! Wangi betul..

      Delete
  13. Mr Hubby K.Sal suka benor ngan produk Dashing ni..harga pun berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk lelaki paling top nie! Harga mampu milik!

      Delete
  14. Haritu anak buah datang, dia try guna mandian tu..terus dia jatuh hati. Hilang rasa penat katanya..bau sangat menyegarkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihiii.. Bestkan baunya? Kadang-kadang eyqa pun curi-curi guna. Hahahahaa

      Delete
  15. Memang best 2 in 1 dashing ni.. bau best, suami huda pun suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai dah jatuh hati dengan Dashing ini..

      Delete
  16. Memang best 2 in 1 dashing ni.. bau best, suami huda pun suka

    ReplyDelete
  17. My husband like the Cool one. He feel refreshing after using it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. After this, your husband should try bau yang lain pulak. Hihihiii

      Delete
  18. suka dashing ni.. wangi sesangat. macam betul pakai perfume dia

    ReplyDelete
  19. Kita ada juga yang ni hehehe kita suka yang warna biru tu wangi dan banyak buih bila mandi hehehe paling best ada 2 fungsi lak tu jimat dan mudah digunakan orang lelaki suka yang simple tapi efisyen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana 2 in 1 nie lah jadi tumpuan ramai. Tak perlu dah beli 2 3 barang. Hanya 1 produk tapi ada dua fungsi.

      Delete
  20. Sesuai sangat untuk anak-anak kak Ti yang bujang-bujang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai Kak Ti. Yang mana lelaki-lelaki tu, boleh guna produk Dashing ini

      Delete
  21. Wah mcm rmi je puji bau dashing ni. Boleh try suggest suami guna dashing lps ni. Harga pun sangat affordable.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai puji sebab ramai dah jatuh hati dengan produk Dashing ini. Boleh cuba tau!

      Delete
  22. Dah guna, wangiii woooiiii... Hahahaha

    ReplyDelete
  23. Senanglah org lelaki sekarang ni kan..produk dh macam org pompuan 2 dlm 1..so tak ada alasan nak malas2 cuci muka lagi..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaaa akakkk! Setuju tu. Siapa malas lagi lepas nie, dah taktahu nak cakap apa dah.

      Delete
  24. bestnya lepas mandi badan wangi semerbak! Singgah sini & follow eyqa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa tahu takpe. Wangi betul. Yeayy TQ :D

      Delete
  25. Masing-masing dah dapatklan dashing ni..kena cari satu gak ni untuk suami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oitt! Mana aci takde lagi Dashing. Dapatkan sekarang. Hehehee

      Delete
  26. Wow! Dashing 2-in-1 looks cool, especially the packaging.. looks so nice... great one... i bet it smell nice, too!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay! You're right! Please grab this product too. Hihihii

      Delete
  27. lelaki pun kena jaga penampilan dan kebersihan diri. bau dashing ni pun agak wangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu betul. Jaga penampilan dan kebersihan diri.

      Delete
  28. warna biru hatrick tu sedap.
    syok je pakai.
    lepas mandi badan mmg wangi.

    ReplyDelete
  29. Suami saya dah beli, tinggal nak pakai je belum lagi..

    ReplyDelete