Terbang Bersama Traveloka Ke Western Australia

Assalamualaikum


Terbang Bersama Traveloka Ke Western Australia  | Raya dah lepas, apa kata kita untuk pergi bercuti pulak? Rumah sanak saudara dah kita kunjungi, kali nie tiba masa kita lawati negara orang. Bak kata pepatah, jauh berjalan, luas pemandangan. Betul tak? Seronoknya dapat bercuti panjang sambil tenangkan fikiran yang kusut asyik fikir pasal kerja.

Aku yang tak pernah jejak luar negara nie, tertanya-tanya tempat apa yang menarik di Western Australia ye? Apa aktiviti yang aku boleh lakukan disana untuk cipta kenangan baru bersama yang tersayang? Hmm.. Seharusnya google akan membantu aku dan aku akan kongsikan bersama supaya nanti kalau korang pun ada plan nak ke sana, tidaklah buntu untuk mencari maklumat.

Pantai Cottesloe, Perth


Pantai Cottesloe yang terletak di pinggiran barat Perth adalah salah satu pantai yang terkenal. Dengan hamparan pasir keemasan sepanjang pantai dari utara Mudurup Rocks ke selatan Pantai Swanbourne menjadikannya salah satu pantai kegemaran ramai untuk melakukan aktiviti seperti berenang, snorkelling dan meluncur air. Menariknya! Selain itu, sepanjang pantai ini juga dikelilingi dengan rumput dan pohon menghijau yang sangat sesuai untuk kita jadikan pilihan sebagai tempat berkelah Bersama tersayang sambal melihat matahari terbenam di lautan India itu.

Karijini National Park
 

Taman Negara Karijini adalah kawasan hutan belantara yang luas dalam Hamersley Range of Western Australia. Di utara taman itu, Oxer Lookout mempunyai pemandangan Weano, Merah, Hancock dan Joffre gaung. Di pinggir Weano Gorge, laluan menuju ke Kolam Handrail. Ke timur adalah batu-batu merah Dales Gorge dan lata Fortescue Falls. hidupan liar asli termasuk goshawks Australia, ring-tailed lizard dragon dan deser tree frogs.

The Fremantle Markets


The Fremantle Markets adalah pasaran paling terkenal di Australia Barat dan salah satu yang terbaik di seluruh negara. Ia menawarkan hasil segar dan tempatan, cenderahati buatan tangan, pakaian, makanan yang enak dan suasana eklektik lebih dari 100 tahun budaya dan warisan yang dikekalkan. Lebih menyeronokkan, tidak ada bayaran masuk, yang menjadikannya hari yang sempurna untuk bersuka ria dengan keluarga! Selain membeli barangan baru tempatan, barangan organik, kraftangan atau produk asli dan bebas, apa aktiviti lain yang boleh dilakukan disana? Korang boleh bersiar-siar di sepanjang Fremantle Markets Heritage Trail untuk mengetahui peranan pasaran dalam sejarah bandar, melawat ladang ternakan binatang atau rasakan beberapa yang menjadi keistimewaan yang dijual di sana.

Rottnest Island


Dengan menaiki feri dari Perth ke Rottnest Island merupakan pengalaman yang terbaik bakal korang lakukan tau! Kenapa? Di sana korang boleh berbasikal di sekitar pulau, snorkelling, rasai keenakkan makanan negara orang ataupun hanya berehat di pulau itu. Tetapi kalau korang perasan, Pulau Rottnest nie menjadi terkenal dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan kehadiran Quokkas.
Apa itu Quokkas? Quokkas ini binatang yang sangat comel ini mengembara sekitar pulau itu dan sangat mesra. Banyak tau binatang yang comel nie di Rottnest Island. Tetapi pihak sana tidak menyarakan untuk memberi makan kerana mereka masih lagi haiwan liar dan bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. 

Caversham Wildlife Park


Satu lagi tarikan yang hebat di Perth ialah Caversham Wildlife Park yang merupakan rumah kepada kira-kira 200 spesies fauna dan lebih daripada 2000 haiwan unik. Mungkin ada haiwan yang korang tidak pernah dengar lagi seperti flying foxes, kookaburras, cassowaries, quokkas, echidnas dan banyak lagi! Pekerja di taman itu akan layan korang dengan mesra dan akan bercerita dengan korang tentang haiwan, tunjuk kepada korang cara memberi makan kanggaru atau mengambil gambar korang berposing sakan dengan haiwan Aussie kegemaran ramai itu! Seronoknya!

Pemandangan Di Kings Park


Setiap bandar mempunyai taman bandarnya sendiri, tetapi sangat berbeza dengan Kings Park di Perth yang sangat unik. Apabila melawat Perth, pastikan korang jangan melepaskan peluang untuk melawatinya! Ia sangat terkenal dalam bidang hortikultur untuk usaha pemuliharaan dan penyelidikan saintifiknya. Korang akan menikmati salah satu pemandangan yang paling menakjubkan dari taman ini seperti gambar di atas.

Berjalan Sambil Menikmati Pemandangan Menarik Di Lotterywest Federation Walkway


Lotterywest Federation Walkway adalah taman botani di Kings Park. Habiskan sisa-sisa waktu korang di Western Australia tu dengan berjalan di tengah-tengah the tall eucalyptus trees, wildflower gardens sambil menikmati pemandangan Swan River. Kalau kat sini, korang akan dapat mempelajari lebih lanjut tentang budaya asli dan flora yang kaya di Australia Barat. Beberapa tarikan menarik yang lain ialah korang akan dapat lihat adalah bunga liar Australia Barat, tumbuh-tumbuhan dari Mediterranean Climatic Zone, tumbuh-tumbuhan Kimberley, tumbuh-tumbuhan Kings Park, Oak Heritage Woodland dan banyak lagi.

Comedy Night


Perth mempunyai beberapa acara malam komedi yang hebat, jadi jika korang seorang mudah terhibur macam aku, memang korang telah datang ke tempat yang betul. Mungkin salah satu bilik komedi yang paling terkenal di seluruh Australia Barat ialah Lazy Susan’s Comedy Den. Di sini korang akan mengenali pelbagai bentuk komedi - dari yang lawak biasa hingga lawak yang benar-benar tidak masuk akal. Terdapat tiga pertunjukan unik setiap minggu, jadi memang ada sesuatu yang menarik untuk semua. Selasa dikhaskan untuk komedi, pada hari Jumaat untuk stand up komedi bersama pelawak terbaik di Perth dan pada hari Sabtu terdapat perlawanan tuan rumah Sabtu dua pasukan pelawak.

The Rooftop Movie


The Rooftop Movie adalah pawagam terbuka di atas bangunan. Berlatarkan pemandangan langit di bandar besar ini dan pemandangan panorama dari sini sangat menakjubkan sehingga mungkin agak sukar untuk fokus pada filem itu. Pawagam itu terletak di Northbridge dan korang perlu merasai dan menikmati pengalaman menonton filem di atas bumbung. Korang boleh duduk di atas bean bags yang selesa sambil nikmati matahari terbenam dengan minuman di tangan korang sebelum filem bermula. Pawagam memaparkan pelbagai jenis genre – dari filem lama hingga keluaran terbaru. Jika anda mahu malam yang mengasyikkan di Perth, ini adalah tempat untuk pergi.

Banyak dah tempat menarik di Western Australia yang aku kongsikan dengan korang. Kalau nak tahu lebih lanjut, mungkin korang boleh cari lagi dan sediakan tentatif aktiviti korang di sana nanti. Tapi, kalau korang plan nak ke sana, dah terfikir ke nak booking flight? Promo ada ke tak semasa korang nak pergi tu? Mesti korang nak pilih yang promo, kan?

Haaa! Ini dia aku nak perkenalkan kepada korang. Traveloka sedang mengadakan promo ke Western Australia. Wohoooo! Korang boleh dapatkan promo ini sehingga 31 August 2019. Jadi, dah elok korang tengah plan nak ke Western Australia tu, boleh korang dapatkan promo ini. Maka, tertunai laa impian korang nak melawati tempat-tempat menarik di sana. Banyak promo menarik sekarang nie!

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa perlu pilih Traveloka? Sebab dengan Traveloka nie korang boleh booking tiket flight, hotel dan macam-macam lagi. Tak rumit pun! Cepat dan mudah sangat. Dan lebih penting, jimatkan masa korang. Tunggu apa tu? Cepat-cepat booking sekarang!

Post a Comment

18 Comments

  1. wowww! baru guna apps ni tempohari, menarik perkongsian

    jemput singgah : www.cikza.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Cik Za. A'ah, senang guna apps nie. Traveloka mudahkan kerja kita!

      Delete
  2. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  3. gee memang suka guna apps Traveloka!mudah dan no hidden charge!haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu! Sama laa.. Memang suka guna apps Traveloka

      Delete
  4. Bestnya! Ajommmm follower #1485. Salam kenal :)

    ReplyDelete
  5. semoga jadi kenyataan,bawa kak sue tau hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. Hahahahaa kak sue, mehh join promo nie!

      Delete
  6. Wah best nye dapat bercuti ke sini, doakan saya dapat bercuti kat sini jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. Semoga kita dapat bercuti ke mana kita mahu.

      Delete
  7. wow..syoknya kalau boleh ke sana. in sha allah, one fine day ada rezekinya sampai sana..hehe

    ReplyDelete
  8. Bestnyaa.. Nanti boleh la try apps nie..

    ReplyDelete