Assalamualaikum


Normal Lelaki Yang Suka Tengok Perempuan Cantik | Selepas godek-godek entry lama, terjumpa entry Kenapa Wanita Basi Apabila Dirumah. Jadi entry hari nie sambungan kepada entry wanita basi itu. Boleh ke? Alaa.. Kalau tak boleh pun kenapa kan? Blog akuuuuu.. Hahahahaaa..

Menjadi fitrah lelaki sukakan perempuan cantik. Cantik dan manis itu bonus. Disini ada entry 7 Cara Untuk Wanita Kelihatan Cantik. Semua manusia atas muka bumi nie cantik. Tiada istilah tak cantik. Kalau jadi yang cakap korang tak cantik or tak handsome, dia tu sedang menghina ciptaan Allah swt. Aku pun selalu dikutuk. Tapi perlu ingat, Gemuk Tak Semestinya Perlu Dihina.

Oleh kerana itu, lelaki yang baik akan menundukkan pandangannya daripada meliar melihat wanita yang cantik dan menarik dengan bernafsu kerana boleh membawa kesan yang sangat negatif. Walaupun ada yang kata lelaki tengok perempuan cantik untuk cuci mata sahaja. What?!

Tapi adakah korang tahu, terdapat lima benda yang lelaki akan lihat pada seorang wanita untuk pertama kali. Wow! Lima benda nie akan membantu korang untuk tahu lebih lanjut apa yang lelaki normal nie suka tengok perempuan cantik.


1. Bentuk badan dan ketinggian
'Filter cover my flaws' itu benda yang common. Betul? Jadi korang dalam gambar dan realiti sebetulnya berbeza. Sebab itu apabila bersemuka, lelaki lebih suka melihat dan tenung. Dan lelaki yang tinggi lebih gemar wanita yang sedikit rendah daripada mereka dan begitu juga sebaliknya.

2. Maniskah senyuman mu itu
Manis ke tak senyuman tu? Hahaha.. Wanita yang mempunyai air muka yang garang atau 'masam', pastikan korang maniskan muka apabila bertemu dengan lelaki. Kerana senyuman tu pengikat hati tau.

3. Lirikkan mata
Mata salah satu tarikan selain daripada senyuman. Lelaki gemar merenung ke dalam mata wanita. Seperti yang kita tahu, renungan mata dapat melihat sama ada seseorang itu berbohong atau tidak. Mata sangat memainkan peranan yang penting; mata yang suka meliar, suka menjeling, terjegil, mata yang redup atau sentiasa berkelip.

4. Aset seorang wanita

Aset antara terpenting dan perlu dijaga. Jangan dibiar menjadi tatapan umum kerana aset wanita menjadi tarikan utama lelaki. Jangan pula kita menggelarkan lelaki itu bermata keranjang kalau kita sendiri berpakaian tidak senonoh. Lelaki nie boleh membuat andaian hanya dengan melihat aset wanita. Hati-hati tau!

5. Aksesori

Aksesori merupakan pertolongan sederhana yang membantu wanita untuk nampak lebih berkeyakinan. Tetapi jangan terlalu sarat dengan aksesori. Cukuplah sekadar jam atau rantai tangan.

Maka, pesanan buat kita yang bergelar wanita; ibu, isteri, menantu dan anak, yakinlah dengan diri kita. Jika dulu kita dipilih kerana terbukti kita seorang yang cantik dimatanya. Percayalah, kita semua nie cantik. Bukan kita tak cantik cuma kita malas nak cantikkan diri sendiri. Betul kan?