Jaga Hormon Supaya Kekal Cantik

by - Saturday, November 02, 2019

Assalamualaikum


Jaga Hormon Supaya Kekal Cantik | Sebelum aku tidur, gigih laa aku nak kongsikan benda yang penting nie. Apatah lagi kita sebagai seorang wanita. InsyaAllah apa yang aku kongsikan ini sangat berguna untuk kita semua. Cakap nak cantik kan?

Kita sebagai wanita yang normal terdapat dua jenis hormon iaitu hormon estrogen dan progesterone. Hormon ni akan berubah-ubah semasa kita datang haid. Hormon ini juga memberikan kekuatan pada tulang, otot dan dalaman wanita. Tetapi apa yang berlaku jika terdapat ketidakseimbangan pada hormon-hormon kita nie?

Jika berlaku ketidakseimbangan pada hormon-hormon ini, boleh menyebabkan perubahan tingkah laku atau emosi yang menyebabkan kita jadi seorang yang mudah sensitif, tertekan, mudah marah atau mengalami kemurungan. Bukan tu sahaja, ketidakstabilan hormon boleh memberi kesan negatif pada kulit muka kita seperti kulit kusam, pigmentasi, berjerawat, berjeragat dan lain-lain. Haa selalu terjadi bila period!

Pernah lihat tak kawan-kawan atau ahli keluarga kita jerawat kerap naik dimuka? Jerawat dimuka dan jerawat badan tak berhenti naik. Bila mekap, susah untuk ratakan bedak kerana bintik hitam dan putih bermaharajalela. Guna skincare, sembuh sekejap, naik semula. Buat facial, lama-lama kulit kembali kusam. Ada orang, gunalaa skincare apa pun, makeup lah tebal macam mana pun, kulit sangat jarang naik jerawat. Senang cerita, kulit langsung tiada masalah.

Nak tahu sebabnya? Salah satu puncanya kerana masalah hormon dalam badan. Hormon yang tidak stabil boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah kulit mahupun dalaman. Rawatan yang hanya memfokuskan pada kulit sahaja tanpa ambil kira hormon dalam tubuh kita tidak mungkin memberikan hasil yang kekal pada jangkamasa panjang kerana jika kelenjar hormon yang tidak dirawat sudah menghasilkan hormon pada tahap rendah, masalah yang dihadapi akan berulang.

So, dah faham kan kenapa masalah kulit kita sekejap elok, sekejap datang balik? Kenapa period kita warna kadang-kadang asyik bertukar? Itu semua salah satunya disebabkan faktor gangguan hormon. Kalau nak cerita tentang dalaman, tentang hormon yang tak stabil memang tiada kesudahan sebab jadi wanita bila hormon kacau semua pun jadi kacau.

Tidak hairan laa kenapa aku kerap berjerawat. Hormon aku selalu tak stabil. Sebab tu perangai selalu mengalahkan hantu. Hahahaa.. Nasib baik bila berjerawat teruk setiap kali period nak muncul, Parut Jerawat Makin Pudar Dengan Serum Dr Beau Pure Natural Skin Oil membantu aku tau! Atau PCOS Mengganggu Hidup Aku ini masih menghantui aku?

You May Also Like

4 Comments

  1. makin meningkat usia. lagi kena particular dengan hormon dan food intake. kena kawal supaya kekal sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. makin kena jaga sebab banyak perubahan akan berlaku.

      Delete
  2. salam singgah dari saya..done follow

    ReplyDelete