Cara Yang Betul Menggunakan Sunblock

by - Sunday, November 03, 2019

Assalamualaikum


Cara Yang Betul Menggunakan Sunblock | Cuaca panas dan kadang kala tidak menentu, korang masih apply sunblock tak bila keluar rumah? Jika masih apply sunblock, kenapa masih sunburn? Haa disini kesilapannya yang korang mungkin terlepas pandang. Tetapi sebelum itu, jika korang nak tips untuk memilih sunblock, korang boleh baca entry Tips/Petua : Sunblock Yang Sesuai Dengan Kulit Wajah.

Sebenarnya, ada sesetengah orang fikir sunblock ini tak penting pun. Itu kesalahan yang besar tau! Sunblock penting untuk lindungi kulit kita dari sinaran UV yang boleh merosakkan kulit kita. Selain tu, sunblock dapat membantu untuk kurangkan sunburn and mencegah kanser kulit. Sekarang korang rasa penting tak sunblock? Penting!

Kenapa pentingnya sunblock?
  • Membantu kita melindungi daripada sunburn
  • Membantu kita melindungi kulit daripada pigmentasi dan jeragat. Selalunya yang dapat jeragat nie sebab tak apply sunblock
  • Kulit akan tegang seperti awet mudaa
  • Mencegah daripada kanser kulit
Siapa perlu guna sunblock?
Semua orang kena guna sunblock. Dimana-mana pun perlu apply sunblock. Kalau korang tak keluar rumah, tak terdedah dengan matahari jadi tak terdedah dgn sinar UV? Silap! Sinaran UV bukan dari cahaya matahari je, tapi boleh ada di skrin laptop, handphone, TV macam cahaya matahari.

Bagaimana cara terbaik nak apply sunblock? Bersihkan muka dan pastikan kulit wajah dalam keadaan bersih supaya tiada bakteria terkumpul yang boleh menyebabkan jerawat. Langkah yang betul menggunakan sunblock ialah mengikut turutan tau. Ramai yang salah step menggunakan sunblock. Bagaimana? Pastikan korang ingat steps nie tau.
Cleanser → Toner → Moisturiser → Sunblock → Foundation
Bila nak apply sunblock? Make sure korang apply sunblock at least 30 minit sebelum melangkah keluar. Kenapa? Supaya semuanya menyerap secara optimal ke dalam kulit. Haa masa tu baru korang dapat maximum protection.

Banyak ke perlu apply sunblock? Hanya sebanyak dua jari je tau. Lepas tu calit-calit dan pastikan sekata ke dalam kulit. Jangan apply dalam kuantiti sedikit kerana nanti tidak dapat maximum protection dan nanti masih sunburn.

Make sure reapply! Jangan korang buat-buat lupa ya. Sila reapply sunblock setiap tiga hingga 4 jam. Jangan korang apply pagi tu je. Lepas tu berjemur macam ikan kering sampai ke petang. Memang legam laa korang. Tolong reapply! So, kalau korang tak nak parut hitam, tak nak sunburn, rajinkan diri tu apply sunblock.

You May Also Like

2 Comments

  1. dah lama tak pakai sunblock...sbb kulit asal pun mmg dah burnt hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoii.. sayangkan kalau kulit burn. Pakai laa sunblock :*

      Delete