Assalamualaikum


Rutin Penjagaan Kulit Harian, Mingguan, Bulanan Dan Tahunan | Penjagaan kulit antara perkara penting yang perlu kita ambil kira jika korang nak kulit kekal sihat dan cantik. Macam mana nak jaga tu? Banyak ke langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk kulit sihat? Haa disini akan korang temui jawapannya.

Untuk makluman korang, kulit kita akan sentiasa berubah seiring dengan peningkatan usia. Kalau dulu masa baby, kulit memang gebu dan bersih tapi bila makin meningkat dewasa, ehh lain je kulit. Kenapa ya? Semuanya disebabkan kandungan kolagen dalam tubuh semakin merosot apabila umur semakin bertambah.

Untuk entry kali nie aku fokuskan pada penjagaan kulit luaran. Penjagaan luaran penting untuk menjaga kulit kita supaya kekal cantik. Korang perlu tahu bahawa skincare hanya membantu untuk menjaga kulit kita apabila terdedah kepada banyak benda setiap hari. Kalau korang nak kekalkan kulit yag sihat, salah satu benda korang perlu ada ialah set penjagaan muka seperti pencuci muka, toner, serum dan pelembap.

Tapi macam mana kalau dah guna skincare pun masih tak sembuh masalah kulit muka seperti jerawat? Jerawat yang naik pada usia remaja adalah jerawat yang normal. Kenapa normal? Sebab masa usia remaja kita mula lalui perubahan terhadap hormon lagi-lagi sebelum, semasa dan selepas datang haid. Masa tu kelenjar minyak cenderung lebih aktif yang menyebabkan minyak di muka lebih banyak. InsyaAllah masalah akan berhenti bila proses perubahan hormon tersebut stabil.

So, korang perlu rawat dalaman dulu. Rawatan dalaman penting untuk kekal cantik walaupun dah berusia. Dalaman yang sihat dan bersih terpancar dari kulit muka yang cantik. Pinkish flawless semulajadi! Bila toksin dah tak ada, tiada yang tersumbat, tiada darah kotor, hormon seimbang, barulah jerawat segan sikit nak naik. Dia akan naik tapi bukan setiap masa macam nak sewa tempat dekat muka kita.

Bagi lebih mudahkan kerja korang untuk rutin penjagaan kulit, aku akan kongsikan rutin penjagaan ini. Baca dan amalkan tau! Jangan malas. Cakap nak cantik dan kulit sihat. So, korang kena amalkan rutin sebegini.


Harian
1. Cuci muka dua hingga tiga kali sehari
2. Tanggalkan make up setiap malam sebelum tidur
3. Guna make up remover untuk bersihkan kulit muka waktu pagi untuk tanggalkan minyak yang keluar semasa tidur
4. Guna pelembap selepas mencuci muka
5. Guna air suam untuk mencuci muka
6. Minum air masak lapan gelas sehari
7. Gunakan SPF 24++

Mingguan
1. Guna skrub muka homemade
2. Guna masker muka
3. Exercise dua hingga tiga kali seminggu
4. Tukar cadar, sarung bantal dan tuala
5. Bersihkan berus make up

Bulanan
1. Guna skrub badan homemade
2. Lakukan facial
3. Buat pemeriksaan kulit supaya bebas anasir-anasir jahat yang tersumbat dalam kulit

Tahunan
1. Jumpa pakar untuk pemeriksaan kulit (dermatologis)
2. Buat skin screening supaya kulit kekal sihat dan cantik

Ini sahaja rutin penting yang perlu korang lakukan. Jangan malas tau! Yang mingguan tu sangat penting! Please make sure cadar, sarung bantal dan tuala tu tukar. Berus make up sila cuci dan keringkan dengan elok. Semua nie punca kulit kita bermasalah tau!