Assalamualaikum


5 Jenis Dugaan Yang Mengganggu Hubungan Anda | Dalam menjalani perhubungan cinta, pelbagai ujian akan kita lalui. Mampukah kita laluinya? Dugaan yang datang ini mempunyai sebab tersendiri agar kita lebih mengenali pasangan kita. Tapi bagaimana kalau dugaan itu mengganggu hubungan korang?

1. Emosi

Seorang wanita jika emosi tidak stabil boleh menyebabkan pelbagai dugaan yang datang. Kenapa? Kerana emosi wanita ini sentiasa berubah. Kejap gembira, kejap sedih, kejap marah. Jadi sebagai pasangan susah nak mengagak emosi mereka dan akhirnya berlaku selisih faham.

2. Percaya Pihak Ketiga

Hubungan yang bahagia akan dicemburui oleh orang lain. Sama ada dia suka korang atau pasangan korang. Jadi, dia akan sebarkan berita-berita buruk korang kepada pasangan korang atau sebaliknya. Ini akan menyebabkan hubungan korang terumbang ambing. Ia akan menjadi lebih teruk jika korang tanamkan perasaan was-was dalam diri korang. Ingat! Kepercayaan dalam hubungan itu penting!

 
3. Mula Tidak Menghargai

Sebelum dapat, kita yang disayangi. Apabila dah dimiliki, mula rasa diri tak dihargai kerana layanan sudah berubah. Bila hilang, baru terasa! Sebab itu kita perlu sentiasa menghargai pasangan dan semaikan hubungan korang dengan warna-warna keceriaan. Baru tidak dingin dan tegang!

4. Doktor Cinta

Menipu kalau korang tak ada doktor cinta. Tak kira sama ada kakak, sahabat atau sesiapa sahaja yang rapat dengan kita. Memang bagus kalau ada doktor cinta, sekurang-kurangnya ada yang boleh kita minta khidmat nasihat. Tetapi boleh jadi musibah jika doktor cinta itu sejenis muka bertalam. Bahaya tau!

5. Jumpa Yang Lebih Baik

Bila dah terikat dengan hubungan, korang akan nampak pasangan orang lain lagi cantik, lagi kacak, lagi baik dan sebagainya. Sedangkan orang yang korang jalinkan hubungan tu sebenarnya lagi bagus daripada yang kita lihat. Cuma kita buta bila sudah memiliki! Kerana kita tidak mengenali dengan lebih mendalam.

Baca: 6 Sebab Selalu Gaduh Tapi Hubungan Makin Erat


Jadi, korang perlu jaga hubungan sebaik mungkin. Pasangan kita adalah yang terbaik untuk kita jika dengan izinNya. Kalau korang berjaya mengharungi bersama, pasti kebahagian milik korang! Jika tidak, anggap sahaja jodoh korang bersama yang lain dan anggap sahaja hubungan lalu sebagai pengajaran.