Assalamualaikum


Surat Daripada Kelawar Dan Penyakit Berjangkit | Kelawar adalah mamalia dari Chiroptera yang bersayap dan satu-satunya mamalia yang mampu terbang secara berterusan. Dan sekarang dunia kita dikejutkan dengan satu wabak kecil yang mampu menewaskan jutaan penduduk di muka bumi.


Aku dipanggil kelawar dan aku memiliki sesuatu yang sangat istimewa. Dalam diriku mengandungi ribuan racun penyebab pelbagai penyakit, seperti virus anjing gila, virus Ebola, virus Han Da dan berbagai virus-virus lain yang boleh mematikan ribuan orang.

Sumbangku kepada manusia adalah mengumpulkan virus-virus ganas dalam diriku sebagai tempat berlindung, agar tidak bertaburan ke luar dan mengganggu keselamatan nyawa manusia. Aku sedari seluruh tubuhku adalah racun, maka aku rela sedia tinggal di lubang-lubang gua yang gelap gelita dan dingin.

Dengan mengorbankan kekuatan diri selama puluhan ribuan tahun, semua virus itu aku kunci rapat-rapat. Malam-malam aku keluar dan subuh aku kembali ke dalam kesepian dan sendirian. Bahkan dengan sengaja aku tampilkan wujud wajah seram yang mengerikan agar manusia menjauhi aku dan tidak menyentuh aku. Akan tetapi tidak pernah aku bayangkan bahawa manusia tidak dapat mengendalikan sikap serakah dan nafsu makan mereka.

Wahai manusia! Tahukah kamu bahawa andai dibuka tubuhku ini, maka seluruh virus akan berhamburan keluar menjerat nyawa kamu semua. Kamu semua boleh sahaja menikmati aku sebagai santapan yang lazat-lazat, akan tetapi virus-virus di tubuhku ini akan kehilangan tempat tinggalnya.

Virus-virus ini perlu mencari rumah baru bagi mereka dan tubuh kamu penuh dengan lemak dan daging, bukankah itu merupakan tempat yang nyaman bahagia untuk virus-virus ini? Aku hanya upaya mengeluh dengan penuh penyesalan. Seluruh jerih payahku selama ini akhirnya musnah dirosak oleh manusia. Aku hanya mampu membantu manusia menyampaikan ini. Melindungi haiwan-haiwan di alam ini, sebenarnya bukan sahaja melindungi mereka, bahkan melindungi manusia juga.

Aku ingin lebih mendalam menyampaikan bahawa kehidupan manusia haruslah harmoni dengan alam ini. Manusia sebenarnya adalah mahkluk kecil di dalam alam semesta ini. Janganlah manusia menganggapi bahawa dengan terciptanya diri sebagai manusia tidak ada yang perlu engkau takuti sehingga mengganggapi diri yang paling hebat dan berkuasa.

Alam sangat adil! Saat engkau tidak menghargai kehidupan makhluk lainnya, bencana dan malapetaka sudah diambang mata. Terakhir dariku yang masih ingin mengingatkan pada kamu wahai manusia bahawa surat ini tidak mewakili peribadi para kelawar, akan tapi juga mewakili haiwan lain.

Kelawar sebagai penyumbang kepada penyakit berjangkit. Masyarakat umum tidak mengetahui bahawa kelawar merupakan penyumbang terbesar kepada penyebaran penyakit berjangkit melalui najis dan cecair pada kelawar. Ia boleh tersebar kepada manusia melalui pernafasan dan haiwan perantara seperti khinzir. Golongan yang mempunyai daya tahan imuniti yang rendah lebih berisiko untuk dijangkiti.

So, korang tolong #stayathome untuk keselamatan kita semua. Sampai sekarang kita tak akan tahu sama ada kita pembawa virus atau kita penerima virus covid itu. Please stay safe everyone!