Assalamualaikum




6 Sebab Selalu Gaduh Tapi Hubungan Makin Erat | Sedang bahagia menganyam bahagia, sesekali akan ada badai datang menimpa. Badai yang menimpa memberikan kesan yang maksima dalam diri dan hati masing-masing. Mampu ke bertahan?

Kerap bergaduh atau bertengkar bukan kerana benci. Walaupun teruk pandangan orang lain terhadap pasangan yang bergaduh, tetapi dalam hati pasangan tersebut tetap masih sayang dan cinta. Sebagai orang luar tak perlu menghukum pasangan yang kerap bergaduh kerana kita tidak tahu apa badai yang menimpa mereka.

Selain itu, menjadi kebiasaan selepas bergaduh, kita akan berasa puas kerana telah melepaskan amarah yang tersemat di dalam hati. Tidak lama kemudian, kita pasti akan rasa bersalah terhadap pasangan dan mula mahu memujuk atau dipujuk. Betul?

Jadi aku akan kongsikan dengan korang enam sebab selalu gaduh tetapi hubungan makin erat. Gaduh tetap sayang tau! 

#1 Petanda Hubungan Kekal Lama

Kesilapan yang besar dan sering dilakukan pasangan sehingga menyebabkan perpisahan adalah kerana mereka ini sering “ mengelak ”. Apabila suka nyatakan ketidakpuasan hati, akhirnya kita memilih jalan mudah untuk putuskan hubungan. Walhal, kalau kita berani menyatakan ketidakpuasan hati walaupun kita tahu benda tu akan sakitkan hati pasangan, ianya pasti lebih mudah untuk kita berkomunikasi. 

#2 Bertengkar Buat Komunikasi Lebih Senang

Bertengkar adalah salah satu cara untuk kita dan pasangan berkomunikasi. Biarpun kita berbalah dan menyebut tentang perkara-perkara yang buat kita tak puas hati terhadap pasangan. Setidaknya kita dan pasangan jujur berkata-kata meskipun dengan cara kasar menerusi perasaan marah. Bila dah puas, mesti dua-dua akan senyap. 

#3 Hubungan Yang Sihat

Bergaduh atau bertengkar dengan pasangan dilihat negatif dan dianggap perbuatan kurang ajar. Namun, ia adalah petanda bahawa hubungan yang sihat. Namun begitu, adalah lebih baik andainya pasangan tahu mengawal pertengkaran dengan tidak menyentuh hal-hal sensitif berkenaan ketidakpuashatian terhadap pasangan tanpa menghina atau meninggikan suara. 

#4  Kuatkan Tali Percintaan 

Bergaduh banyak mengajar kita tentang diri pasangan dan diri kita sendiri. Konflik kecil selalunya membuatkan kita melihat sisi-sisi ketidaksempurnaan pasangan dan dari situ, kita mungkin akan berubah demi kebaikan bersama. Bak kata orang, kalau selalunya kita dipujuk, mungkin kali ini giliran kita pula bertindak sebagai pemujuk? 

#5 Bergaduh Tingkat Tahap Ghairah

Sesetengah pasangan selesa bergaduh kerana dia merasakan pergaduhan atau perbalahan itu mampu buat mereka jadi lebih intim. Seperti dalam filem-filem barat, selepas bergaduh teruk akhirnya pasangan akan menjadi lebih intim seterusnya melakukan gerak-geri ghairah umpamanya memeluk pasangan secara mesra, bercumbu dan sebagainya. Semua ini berlaku kerana mereka merasakan pergaduhan itu perkara “ bodoh ” yang sia-sia dan akhirnya berdamai. 

#6 Berbalah Tanda Hubungan Matang

Bayangkan, pada mulanya nak bergaduh je, terus pasangan cakap “ Whatever ”, “ Buatlah ikut suka hati awak ”, “ Awak tenangkan diri dulu, nanti dah okay jumpa lagi ”. Langsung tak best! Pasangan kita lebih suka mengelak daripada mencari penyelesaian. Nampaknya, mereka ini calon suami/isteri yang sangat tak matang kerana takutkan risiko dan rimas berbincang. Jadi, perlu berbincang dengan segera.

Baca: 5 Jenis Dugaan Yang Mengganggu Hubungan Anda

Dan inilah sahaja yang aku kongsikan dengan korang. Tetapi, ada empat perkara yang lagi istimewa untuk korang. Apa itu? Semoga bermanfaat untuk semua!

4 Cara Bergaduh Untuk Pasangan

#1 Hormat

Pasangan kita bukan binatang, jadi elak berbalah dengan cara menghina atau meletakan tekanan melampau dengan cakap-cakap kasar tu. Paling penting, elak juga naik tangan.

#2 Minta Maaf

Setelah puas bergaduh, jangan lupa atau malu untuk minta maaf. Kalau pun salah tu adalah salah dia, minta maaf kerana maaf dapat buat semua orang lembut hati. Jangan ego!

#3 Jangan Ungkit

Dalam Islam, kita juga dihalang untuk mengungkit kesilapan lama pasangan. Kalau bergaduh tentang masalah sekarang, kenapa perlu kaitkan hal lama? Itu akan buat pergaduhan jadi lebih panjang dan parah nanti.

#4 Elak Campur Tangan Orang Ketiga

Campur tangan orang ketiga boleh menyebabkan salah seorang berubah hati. Jadi, elak campur tangan orang ketiga dalam masalah perhubungan. Cukuplah berdua sahaja settle masalah sendiri. Tak perlu mencari telinga dan bahu orang lain.