Assalamualaikum


Resepi Udang Masak Blackpepper Mudah | Cuti selama 14 hari, taktahu nak apa. Selain makan, aku penuhkan masa lapang aku dengan memasak. Disebabkan aku suka makan makanan yang pedas, aku cuba ketuk kuali sediakan udang masak blackpepper.

Bahan-bahan

1. 10 ekor udang *bersih dan toskan
2. 1 biji bawang merah *potong
3. 3 ulas bawang putih *potong
4. 2 biji cili api *potong
5. Brokoli
6. Lobak merah
7. 2 sudu sos tiram
8. 3 sudu sos blackpepper
9. 1 sudu kecil blackpepper
10. 1 sudu kecil lada sulah *optional
11. Sedikit air

Cara-cara

1. Panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan bertanda yang telah dipotong sehingga naik bau
2. Masukkan sos tiram, sos blackpepper dan sedikit air
3. Masukkan udang dan gaul sekejap
4. Masukkan brokoli dan lobak merah. Gaulkan dan biar seketika
5. Masukkan 1 sudu blackpepper dan lada sulah
6. Perasakan dengan bahan perasa
7. Gaul rata dan siap!

0 Comments