Assalamualaikum


Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api | Balik kerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penat gila! Yelaa, masuk kerja shift pukul 7.00 pagi sampai 3.00 petang. Balik tu memang flat terus! Bila bangun, lapar teruk.

Teringin nak makan ayam masak lemak cili api yang kuahnya pekat. Kuah pekat dan extra pedas! Baru laa kick lawan dengan sambal belacan. Mehh aku share resepi yang sangat mudah! Maklumlaa, nie cara aku.

Bahan-bahan

1. Setengah ekor ayam
2. 5cm kunyit hidup *kisar/tumbuk
3. 1 kotak santan
4. 15-20 batang cili padi *kisar/tumbuk
5. 1 biji bawang merah kecil *kisar/tumbuk
6. 2 helai daun kunyit diracik halus
7. 1 cawan air
8. 2 batang serai dititik


Cara-cara

1. Panaskan kuali dan masukkan ayam. Biarkan seketika agar ayam separuh masak
2. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar dan masukkan air sedikit demi sedikit
3. Gaulkan biar sebati dengan ayam dan tutup periuk 10 hingga 15 minit
4. Masukkan daun kunyit, serai dan biarkan seketika
5. Pastikan api sentiasa kecil
6. Masukkan santan dan sentiasa kacau supaya tak pecah minyak.
7. Perasakan dengan garam dan gula
8. Sedia untuk dihidangkan. Siap!

4 Comments

  1. wah..sedanya.blh cuba ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ciknor.. nie pun buat kuah pekat sikit

      Delete
  2. dimusim PKP ni nampak makanan semua jadi sedap menjilat jari.. :)

    ReplyDelete