Assalamualaikum


Resepi Bubur Jagung Menggunakan Jagung Dalam Tin | Teringin sangat nak makan bubur jagung. Tapi malas nak susahkan ma masak bubur jagung tu. Sebab dah memang ada niat nak belajar masak bubur jagung sendiri. Nanti senang kalau jodoh nak makan, boleh sediakan untuk dia. Ahh gituuu!

Bubur jagung sedap makan bila panas-panas. Aku sejenis suka makan time panas-panas. Ada yang suka sejuk kan? Biasalaa, kita tak sama. Hahahaa.. tapi kali nie aku cuba masak bubur jagung menggunakan jagung dalam tin je.

Bahan-bahan

1. 1 tin jagung sweet kernel
2. 200 ml santan atau 1 kotak kecil santan
3. 2 helai daun pandan
4. 1 cawan air
5. 2 sudu gula
6. 1 keping gula melaka
7. Secubit garam

Cara-cara

1. Masukkan satu tin jagung dan satu cawan air ke dalam periuk dengan api yang kecil
2. Masukkan daun pandan dan biarkan seketika
3. Masukkan gula melaka dan kacau biarkan larut
4. Selepas itu, masukkan gula dan garam. Gula tu boleh tambah dan kurangkan mengikut rasa yang korang nak
5. Masukkan santan dan boleh tambah sedikit air sebab kalau santan kotak tu mesti pekat
6. Gaul bagi rasa semua okay dan siap!

Haaa mudah je kan? Aku punya style pekat sikit sebab aku suka pekat cenggitu. Kalau korang nak cair sikit, haa tambah je air macam aku cakap kat atas tu. Rasa tu memang dah sedap! Kalau korang nak tambah sagu pun boleh.

0 Comments