Assalamualaikum


Resepi Kuey Teow Goreng Simple | Bangun pagi lapar perut. Nak makan apa untuk breakfast. Nak keluar beli makanan pun susah disebabkan covid19 nie makin meningkat sejak semalam di Dungun. So, rajinkan diri sendiri masak yang simple dengan bahan apa yang ada je dalam peti ais tu.

Bahan-bahan

1. 1 paket kuey teow
2. 6 biji cili kering *blend
3. 1 biji bawang besar *blend
4. 3 ulas bawang putih *blend
5. 1 sudu besar sos cili
6. 1 sudu besar sos tomato
7. 1 sudu besar sos tiram
8. 2 sudu besar kicap
9. Daun kucai
10. Taugeh
11. Isi ayam *cuci bersih dan toskan
12. 1 biji telur 

Cara-cara

1. Panaskan kuali dan masukkan isi ayam goreng sehingga masak
2. Masukkan bahan-bahan yang telah diblend dan tumis sehingga pecah minyak
3. Masukkan segala sos yang telah dinyatakan dan kicap
4. Masukkan sedikit air kalau korang nak kuey teow sedikit basah. Taknak letak pun apa
5. Perasakan dengan garam dan gula
6. Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau mesra
7. Masukkan kuey teow dan segala sayur-sayuran yang korang nak letak
8. Gaul mesra dan siap!

Haa! Macam aku tu sawi je ada dalam peti ais. Letak je laa selagi boleh makan. Tapi kalau ikut macam resepi simple aku tu, memang sedap ye. Secukup rasa okay! Kalau korang guna kicap manis, boleh kurangkan gula atau tak payah letak gula. Kalau korang guna kicap masin, kurangkan garam atau tak payah letak terus garam tu. Sebab sos tiram pun dah masin ye.

2 Comments

  1. sedapnya kue tiaw, kitorg mkn mee goreng rini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap makan bila cukup bahan. Mee goreng pun sedap!

      Delete