Assalamualaikum

Tips/Petua : Jerawat Dan Parut Hilang Dengan Sebiji Lemon | Banyak masa terluang di rumah pun muka tetap dijaga walaupun tak keluar. Sunblock pun wajib pakai walaupun korang duduk dalam rumah.

Lemon nie banyak sangat tau khasiat. Bukan sahaja untuk kecantikan dalam dan luaran tetapi buah lemon juga bagus untuk perkara lain. Selain bagus sebagai minuman detoks, air lemon juga bagus untuk kulit kita.

Kalau korang sejenis kulit yang berjerawat dan parut macam aku, korang boleh ikut tips ini. Untuk kulit aku, menjadi dan sekarang aku masih amalkan sebab masih ada lagi parut. Dan kalau korang yang tak ada masalah jerawat dan parut, korang boleh amalkan tips kulit licin dengan sebiji tomato.

Okay, untuk tips jerawat dan parut hilang dengan sebiji lemon nie, korang boleh follow tips dibawah okay!

Langkah 1:
Ambil sebiji lemon, potong dan perahkan airnya ke dalam bekas.

Langkah 2:
Ambil kapas dan celup dalam air perahan lemon. Mesti basah sangat kan? Perah sikit dalam bekas tadi. Taknak basah sangat kapas tu.

Langkah 3:
Tekapkan kapas tadi ke jerawat dan parut jerawat korang.

Langkah 4:
Ambil kapas baru, celup dalam air perahan lemon dan sapu seluruh muka. Biar ia meresap selama 15 hingga 20 minit.

Langkah 5:
Cuci muka seperti biasa dan amalkan setiap hari untuk kesan lebih baik.

Kalau korang ada lemon yang korang perah tadi, ada kulit sekali kan? Haa! Jangan buang lagi. Ambil lemon tu dan gosok-gosok lembut kat muka korang. Best sangat tau! Rasa bersih je. Tak percaya? Korang boleh cuba.