Assalamualaikum


Tips/Petua : 5 Cara Merawat Bibir Yang Hitam Dan Kusam | Kalau hari tu aku sibuk kongsikan resepi masakan simple aku, nie aku nak kongsikan cara merawat bibir pulak. Yelaa.. kita kan asyik pakai lipstick dan boleh sebabkan bibir kita jadi hitam dan kusam.

By the way, kalau korang nak tengok tips dan petua sebelum nie, korang boleh baca tips macam mana nak hilangkan jerawat dan parut dan dapatkan kulit licin bak tomato. Takkan muka tanpa jerawat dan parut, kulit dah licin tapi bibir hitam kan? So, korang wajib ikuti tips nie.

Cara 1: Lemon Dan Madu
Ambil satu sudu air perahan lemon dan campurkan dengan lima sudu madu. Kacau rata dan oleskan pada bibir. Kalau korang nak campur satu sudu gula dalam campuran tu pun boleh.

Cara 2: Ubat Gigi Dan Berus Gigi
Sebelum gosok gigi, korang boleh gosok dulu bibir korang tu dengan berus gigi. Berus lembut selama 4 hingga 5 minit dan bilas sehingga bersih.

Cara 3: Homemade Lip Gloss
Dengan menggunakan buah-buahan merah semula jadi, korang boleh buat lip gloss homemade tau! Buah apa? Strawberry, delima, buah naga atau beri merah.

Macam mana caranya? Korang blend je buah tu dan tambah sedikit madu, simpan dalam bekas tertutup. Korang boleh oleskan pada bibir korang sekerap mungkin. Haa! Bila dah kering tu, boleh laa cuci bibir tu.

Cara 4: Air Kosong
Tak ada petua yang hebat selain banyakkan minum air kosong. Minum air kosong dapat membantu penghidratan dan pengedaran darah. Kedua-dua proses ini adalah kunci kepada petua merahkan bibir secara semulajadi.

Cara 5: Scrub Gula
Korang ambil lima sudu gula dan campurkan dengan dua sudu jeli petroleum vaseline tu. Kacau rata dan oleskan pada bibir dengan gerakkan membulat. Gosok lembut selama 4 hingga 5 minit dan bilas sehingga bersih.

Korang.. nak kesan yang cepat, korang wajib rajin tau amalkan tips nie. Kalau malas, tak dapat apa laa. Selamat mencuba korang!

0 Comments