Assalamualaikum


Tips/Petua : Kulit Licin Dengan Sebiji Tomato | Lepas aku kongsi dengan korang Tips/Petua : Jerawat Dan Parut Hilang Dengan Sebiji Lemon, kali aku nak kongsikan pulak dengan korang macam mana nak licinkan kulit dengan sebiji tomato. Tips mudah sebab semua bahan confirm ada dalam peti ais dan mudah dapat.

Langkah 1:
Ambil sebiji tomato, cuci bersih dan potong dua.

Langkah 2:
Simpan dalam peti ais bahagian beku dan biarkan selama sehari.

Langkah 3:
Ambil satu potongan tomato dan gosok dengan perlahan pada bahagian muka korang.

Langkah 4:
Biarkan ia meresap selama 45 minit hingga sejam.

Langkah 5:
Cuci muka seperti biasa dan amalkan setiap hari untuk kesan lebih baik.

Mudahkan? Seeloknya bila pagi lepas korang bangun tidur tu, amalkan je tips nie. InsyaAllah kulit korang akan licin. Kalau nak hilang jerawat dan parut tu, haa follow dulu tips atas tu.

Jap! Nak lebih mudah? Rasa satu potongan tomato tu terlalu besar? Korang buat ikut cara kedua. Macam mana? Baca lagi bawah nie.


Langkah 1:
Ambil sebiji tomato, cuci bersih, potong kecil-kecil dan blend sehingga lumat.

Langkah 2:
Tuangkan ke dalam bekas ais kiub kecil-kecil dan sejukkan selama sehari.

Langkah 3:
Ambil satu potongan tomato dan gosok dengan perlahan pada bahagian muka korang.

Langkah 4:
Biarkan ia meresap selama 45 minit hingga sejam.

Langkah 5:
Cuci muka seperti biasa dan amalkan setiap hari untuk kesan lebih baik.

Tomato nie banyak kelebihannya. Kalau korang amalkan, insyaAllah bawah mata korang yang gelap tu akan hilang. Kulit pun akan jadi tegang sebab ais kiub kan dapat cegah kedutan dan kulit pun akan berseri-seri. Selamat mencuba!

0 Comments