Assalamualaikum


Resepi Bihun Goreng Ayam Mudah | Teringin nak bihun goreng, sedapnya! Dah sebulan lebih asyik makan nasi je masa berbuka dan sahur, jemu laa jugak. So, semalam aku gigih laa beli bahan nak buat bihun goreng versi simple.

Jom kita masak-masak okay!

Bahan-bahan

1. 1 paket bihun *rendam sampai lembut
2. Isi ayam *bersih dan toskan
3. 1 biji bawang besar *blend
4. 4 ulas bawang putih *blend
5. 3 biji cili api *blend
6. 20 biji cili kering *blend
7. 2 sudu besar udang kering *blend
8. 1 sudu besar sos cili
9. 1 sudu besar sos tomato
10. 2 sudu besar kicap manis
11. Sawi atau apa-apa jenis sayur-sayuran

Cara-cara

1. Rendam satu paket bihun dengan air sehingga lembut tau, bukan lembik hancur tu
2. Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga pecah minyak
3. Masukkan isi ayam dan masak sehingga ayam empuk
4. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap manis. Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula
5. Masukkan bihun yang telah ditos dan gaul rata
6. Masukkan sawi dan gaul rata. Siap!

Mudah je kan? Aku pun masak menggunakan bahan-bahan yang aku beli dan apa yang aku makan je. Tak letak banyak jenis sayur-sayuran sebab budak-budak pun makan. Kang dorang tak makan sayur tu, membazir je buang. Seriously, sedap!

So, aku ucapkan kepada korang, selamat mencuba! InsyaAllah, sedap tau! Oh ya, dalam tumisan tu aku tak masukkan air sebab air ayam tu akan keluar sendiri. Rasa semuanya memang sedap! Kalau nak gelap sikit, tambah je kicap.

4 Comments