Assalamualaikum


Selamat Hari Raya Aidilfitri | Syawal yang ke-11 baru terhegeh-hegeh nak update blog bagi ucapan raya. Entah kenapa.. mungkin sebab kita pun menyambut Ramadhan dan Syawal dalam mood Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi. Menyambut raya pun tak meriah mana sebab tak boleh berkumpul ramai-ramai.


Tak apa laa.. walaupun menyambut dalam mood #stayathome #kitajagakita #breakthechain, kita tetap menyambut Ramadhan dan Syawal, kan? Raya tahun nie aku tak pergi ke mana sangat pun. Pagi tu solat raya di rumah, pergi rumah nenek dan terus ke Terengganu rumah mak cik aku. Lepas tu terus balik Dungun.



Tahun depan jika panjang umur, kita raya sakan okay? Banyak dugaan Ramadhan dan Syawal tahun nie. 30 Ramadhan 1441H anak saudara aku berumur 4 tahun perlu buat pembedahan kaki sebab terkena ekzos motosikal. Sedih tu jangan cakap laa walaupun aku nampak macam rilex je. Dah laa esok nak raya!

Bila raya memang mood raya muncul tak muncul laa. Fikir anak saudara dekat hospital lagi. Raya dalam mood Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tak ramai boleh balik kampung, anak saudara lagi sakit. Adoii! Dugaan bertimpa-timpa tapi cuba positif lagi. Positif positif positif.. tahun depan je raya sakan!


Dan untuk kali pertama, aku tak ada #ootd raya okay! Kenapa? Muka aku sekarang tengah breakout teruk. Nanti aku cerita macam mana muka aku boleh breakout teruk nie. Sampai nak tengok cermin pun menyampah. Tak aku lupa, terima kasih kepada filter sebab banyak tolong aku. Ye, filter cover my flaws!

Baca: Kerana Local Skincare, Muka Aku Breakout


Haa sambung lagi! Petang raya baru boleh keluar dengan partner okay. Keluar pun tak ke mana. Nak pergi raya tak boleh. So, ambil angin petang je laa. Tu pun sekejap je sebab dia busy dekat studio. Ada shoot raya laa katakan. Sempat curi masa dia pun sejam je!


Selain itu, raya dekat rumah nenek aku pun, yang nie je laa yang ada. Masing-masing tak boleh rentas negeri nak balik. Dalam gambar nie pun kakak ipar aku tak ada sebab jaga anak saudara aku kat hospital. Esok lepas bergambar nie, aku terus ke Terengganu dan ke hospital.



Dan raya kedua tu, malam tu terus hiburkan hati masing-masing dengan bakar satay. Seronok boleh berkumpul walaupun tak ramai. Alhamdulillah.. walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masih ada disini saudara mara aku boleh berkumpul hilangkan kesunyian hati.

Disini aku nak ucapkan:

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Aku mohon seribu kemaafan jika ada yang terguris hati dengan kata-kata aku sama ada lisan atau bertaip ini. Mungkin ada yang sedar dan tanpa sedar. Yelaa.. mungkin bagi aku tu kata-kata biasa tapi tanpa aku sedar ada hati yang terguris. Aku halalkan semua yang aku kongsikan disini.