Assalamualaikum


Resepi Udang Kari Goreng Cili Kering | Waktu pagi macam nie, memang akan kerap fikir nak masak apa untuk lunch. Betul tak? Aku pun sama masa zaman belajar duduk rumah sewa. Bila weekend je, pagi hari cenggini tengah breakfast pun dah fikir nak masak apa lunch nanti.

Buka peti ais, tengok bahan apa je yang ada. Dengan menggunakan secebis seni kreatif olah menu yang ada, maka terhasil menu nie. Weyy! Seriously sedap bila makan dengan nasi panas-panas. Ngam ngam soi! Takkan pandang belakang dah.

Bahan-bahan

1. 10 ekor udang segar *bersih dan toskan
2. 1 sudu kecil serbuk kari
3. 8 tangkai cili kering *potong
4. 2 biji bawang merah *potong
5. 3 ulas bawang putih *diketuk
6. 1 biji bawang besar *blend
7. Lobak merah *boleh tukar kepada sayur-sayuran lain

Cara-Cara

1. Gaulkan udang bersama serbuk kari dan bawang yang telah blend, dan perapkan seketika
2. Panaskan minyak, tumiskan cili kering, bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
3. Kemudian, masukkan lobak merah yang telah dipotong
4. Masukkan udang dan masak seketika
5. Perasakan dengan gula dan garam
6. Gaul sebati dan siap

Hahahahaaa.. aku nie pro kalau bab olah menu nie. Dulu masa zaman belajar masak, aku mulakan dengan menu campak campak je. Hihihii.. weyy! Aku kongsikan dalam nie untuk kenangan aku tau! Dan kalau korang nak cuba, boleh je. InsyaAllah sedap. Sebab rasa kari tu, pedas-pedas manja cili kering, rangup lobak merah tu. Ngam!

2 Comments

  1. Rasa macm dh lama l masak kari udang....next week dh raya...nak buat rendang udang laaa...

    ReplyDelete
  2. Tak pernah pulak rasa kari udang macam ni. Rendang udang lagilah tak pernah. Haha.

    ReplyDelete