Assalamualaikum

Resepi Kerepek Paru Lembu | Bila teringin nak makan, mesti cari sampai jumpa untuk lunaskan nafsu makan nie. Teringin nak makan kerepek paru yang super crunchy. Nak beli tak berbaloi sebab postage tu lama. So, aku lunaskan nafsu makan aku nie dengan buat sendiri kerepek paru lembu.

Paru nie aku beli kat pasar. RM24 sekilo. Terus cuci sampai bersih dan rebus. Aku simpan dalam peti ais. Bila nak masak, ambil je. Mudah je kan? Mehh sini nak ajar korang buat kerepek paru super crunchy yang sangat mudah.

Bahan-bahan

1. Paru lembu yang siap di rebus

2. 2 sudu serbuk kunyit

3. Garam

4. Ajinomoto *optional

Cara-cara

1. Potong baru nipis-nipis

2. Gaulkan bersama serbuk kunyit, garam dan ajinomoto

3. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing

4. Angkat dan toskan. Siap!

Mudah je kan? Nak ratah boleh, nak makan dengan nasi panas pun sedap. Tak perlu nak letak banyak bahan-bahan lain. Mudah yang macam nie dah sedap. Berbaloi! Sekilo paru lembu tu boleh buat banyak tau! Kalau boleh beli yang siap, RM18 sebalang tapi sikit ye.

2 Comments