Assalamualaikum


Resepi Ayam Goreng Kunyit | Bila malas melanda tetapi lapar. Apatah lagi lepas tengok video Khairul Aming masak ayam goreng kunyit, makan dengan sambal cili. Ya ampun! Sedap sangat!

Bahan-bahan

1. 200 gram dada ayam *potong dadu, cuci bersih dan toskan

2. 3 sudu tepung jagung

3. 1 sudu serbuk kunyit

4. Secubit garam

5. Kacang panjang *potong

6. Lobak merah *potong

7. 1 biji bawang besar *potong

8. 1 tangkai cili besar *potong

Cara-cara

1. Gaulkan dada ayam dengan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam. Perap sekurang-kurangnya 10 minit

2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan

3. Apabila ayam hampir masak, masukkan kacang panjang dan lobak merah

4. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili yang telah dipotong

5. Gaul seketika dan sedia untuk dihidangkan

Nak tahu? Lauk nie sedap makan bersama nasi panas dan kicap. Confirm korang taknak pandang kiri kanan dah. Kalau rajin, makan cicah sambal belacan. Padu weyy!

2 Comments

  1. Akak pun kalau xde idea nak makan apa..akak buat lauk macam ni je..sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. mudah dan jimat banyak masa. Sedap pun sedap, kan akak?

      Delete