Assalamualaikum


Koleksi Resepi Mudah, Sedap Dan Jimat | Aku kongsikan dengan korang beberapa himpunan resepi mudah, sedap dan jimat. Jangan anggap bila mudah tu tak sedap tau! Rasa tetap sedap dan mengenyangkan.

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan

1. 200 gram dada ayam *potong dadu, cuci bersih dan toskan
2. 3 sudu tepung jagung
3. 1 sudu serbuk kunyit
4. Secubit garam
5. Kacang panjang *potong
6. Lobak merah *potong
7. 1 biji bawang besar *potong
8. 1 tangkai cili besar *potong

Cara-cara

1. Gaulkan dada ayam dengan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam. Perap sekurang-kurangnya 10 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan
3. Apabila ayam hampir masak, masukkan kacang panjang dan lobak merah
4. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili yang telah dipotong
5. Gaul seketika dan sedia untuk dihidangkan

Resepi Udang Kari Goreng Cili Kering

Bahan-bahan

1. 10 ekor udang segar *bersih dan toskan
2. 1 sudu kecil serbuk kari
3. 8 tangkai cili kering *potong
4. 2 biji bawang merah *potong
5. 3 ulas bawang putih *diketuk
6. 1 biji bawang besar *blend
7. Lobak merah *boleh tukar kepada sayur-sayuran lain

Cara-Cara

1. Gaulkan udang bersama serbuk kari dan bawang yang telah blend, dan perapkan seketika
2. Panaskan minyak, tumiskan cili kering, bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
3. Kemudian, masukkan lobak merah yang telah dipotong
4. Masukkan udang dan masak seketika
5. Perasakan dengan gula dan garam
6. Gaul sebati dan siap

Resepi Sotong Masak Kicap Lemon

Bahan-bahan

1. 3 ekor sotong sederhana besar *potong, cuci dan toskan
2. 1 biji bawang holland *dipotong bulat
3. 2 biji bawang merah *blend
4. 2 ulas bawang putih *blend
5. 2 biji cili padi *potong
6. 2 batang bendi *potong
7. 1 sudu kecil blackpepper
8. 1 sudu kecil lada sulah
9. 2 sudu kecil jus lemon
10. 1 sudu kecil serbuk kunyit
11. 3 sudu besar kicap

Cara-cara

1. Perapkan sotong yang telah dicuci dengan serbuk kunyit, lada sulah, blackpepper, jus lemon, bawang merah dan bawang putih selama 20 minit
2. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak. Masukkan sotong yang telah diperap dan biarkan sehingga separuh masak
3. Masukkan bendi dan gaul seketika
4. Masukkan kicap dan korang boleh tambah sedikir air jika nak berkuah
5. Perasakan dengan garam dan gula
6. Taburkan bawang holland dan cili padi yang telah siap dipotong
7. Gaul biar sekata dan siap!

Resepi Udang Masak Blackpepper

Bahan-bahan

1. 10 ekor udang *bersih dan toskan
2. 1 biji bawang merah *potong
3. 3 ulas bawang putih *potong
4. 2 biji cili api *potong
5. Brokoli
6. Lobak merah
7. 2 sudu sos tiram
8. 3 sudu sos blackpepper
9. 1 sudu kecil blackpepper
10. 1 sudu kecil lada sulah *optional
11. Sedikit air

Cara-cara

1. Panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan bertanda yang telah dipotong sehingga naik bau
2. Masukkan sos tiram, sos blackpepper dan sedikit air
3. Masukkan udang dan gaul sekejap
4. Masukkan brokoli dan lobak merah. Gaulkan dan biar seketika
5. Masukkan 1 sudu blackpepper dan lada sulah
6. Perasakan dengan bahan perasa
7. Gaul rata dan siap!

Resepi Kupang Masak Pedas

Bahan-bahan

1. 1 kg kupang *bersih dan toskan
2. 2 biji bawang besar *kisar
3. 3 biji bawang merah *kisar
4. 5 ulas bawang putih *kisar
5. 20 tangkai cili kering *kisar
6. Air asam jawa
7. 2 sudu sos tiram
8. 1 batang serai *diketuk
9. 1 biji bawang besar *dipotong bulat

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak
2. Masukkan serai yang diketuk
3. Masukkan sos tiram
4. Masukkan kupang dan gaul dengan bahan tumisan
5. Masukkan air asam jawa dan gaul biar sebati
6. Tutup kuali 5 minit supaya kupang masak
7. Perasakan dengan garam dan gula
8. Tabur bawang besar yang dipotong bulat dan siap!

Resepi Lala Masak Pedas

Bahan-bahan

1. 1 kilo lala segar
2. 2 biji bawang besar *kisar
3. 5 ulas bawang putih *kisar
4. 2 cili besar *kisar
5. 8 cili padi *kisar
6. 2 cm kunyit hidup *kisar
7. Semangkuk kecil air asam jawa
8. 2 batang serai diketuk

Cara-cara

1. Masukkan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan serai yang telah diketuk
2. Masukkan lala dan gaulkan biar sebati dengan bahan tumisan dan tutup kuali dalam 5 - 10 minit
3. Perasakan dengan garam dan gula. Jika nak letak ajinamoto atau perasa yang lain, itulah optional anda
4. Masukkan air asam jawa dan gaulkan. Biarkan lagi 5 minit dan siap!

Resepi Ketam Goreng Kari

Bahan-bahan

1. 4 ekor ketam *siap cuci dan potong dua
2. 2 biji bawang merah *kisar/tumbuk
3. 3 ulas bawang putih *kisar/tumbuk
4. 1 sudu besar serbuk kari *bancuh dengan sedikit air
5. 1 sudu besar cili kisar/cili boh
6. 1 sudu besar sos tiram
7. 1 sudu besar sos cili
8. 2 tangkai daun kari

Cara-cara

1. Gaulkan ketam dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng sebentar, angkat dan ketepikan
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan merah. Selepas itu, masukkan daun kari
3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak
4. Masukkan sos tiram dan sos cili. Tumis seketika. Masukkan sedikit air agar tumisan tidak hangit. Perasakan dengan gula dan garam.
5. Akhir sekali, masukkan ketam dan gaulkan biar sekata dengan api yang perlahan dan biarkan seketika supaya kuah menjadi pekat. Siap!

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api


Bahan-bahan

1. 10-20 ekor udang galah/udang harimau
2. 3cm kunyit hidup *kisar/tumbuk
3. 1 kotak santan
4. 15-20 batang cili padi *kisar/tumbuk
5. 1 biji bawang merah kecil *kisar/tumbuk
6. 2 helai daun kunyit diracik halus
7. 1 cawan air
8. 2 batang serai dititik

Cara-cara

1. Panaskan kuali dan masukkan bahan yang dikisar dan masukkan air sedikit demi sedikit
2. Masukkan daun kunyit, serai dan biarkan seketika
3. Masukkan udang dan biar bertukar warna menjadi merah.
4. Pastikan api sentiasa kecil
5. Masukkan santan dan sentiasa kacau supaya tak pecah minyak.
6. Perasakan dengan garam dan gula
7. Sedia untuk dihidangkan. Siap!

Resepi Ayam Bakar Oven


Bahan-bahan

1. Seekor ayam yang bersih dipotong dan dicuci
2. 10 ulas bawang putih (Boleh lebihkan kalau suka) *kisar/tumbuk
3. 6 cili padi *kisar/tumbuk
4. 2 inci halia *kisar/tumbuk
5. 2 sudu besar lada hitam *kisar/tumbuk
6. 3 sudu besar madu
7. 2 sudu besar sos tiram
8. 3 sudu besar kicap manis
9. 2 sudu besar sos blackpepper *Optional

Cara-cara

1. Tumbuk bahan-bahan bertanda
2. Masukkan bahan-bahan siap ditumbuk bersama madu, sos tiram, kicap manis dan sos blackpepper ke dalam bekas dan masukkan ayam, gaul sehingga sebati.
3. Perapkan ayam bersama bahan-bahan itu sekurang-kurangnya setengah jam.
4. Susun ayam di atas dulang oven yang telah dilapik dengan aluminium foil.
5. Panas oven dengan suhu 230°c selama 10minit.
6. Bakar dengan suhu 230°c selama 30minit. Selepas 30minit, balikkan ayam dan curahkan sos perapan ayam tadi diatasnya dan masak lagi 15minit.
7. Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Resepi Kerepek Paru Lembu

Bahan-bahan

1. Paru lembu yang siap di rebus
2. 2 sudu serbuk kunyit
3. Garam
4. Ajinomoto *optional

Cara-cara

1. Potong baru nipis-nipis
2. Gaulkan bersama serbuk kunyit, garam dan ajinomoto
3. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing
4. Angkat dan toskan. Siap!

6 Comments