Assalamualaikum
Dengan Modal Bawah RM10, Nixoderm Ointment Mampu Merawat Masalah Jerawat | Bila jerawat muncul, memang stress. Apatah lagi bila waktu yang penting, makin stress. Tapi bila makin stress, makin beranak pinak jerawat tu. Tapi hanya dengan seketul ointment yang tengah viral sampai out of stock, mampu merawat jerawat tu.
Masih belum terlewat untuk memiliki kulit bebas jerawat. Dengan Nixoderm Ointment ini mampu membantu untuk merawat masalah jerawat, bintik hitam, eczema, ruam, gatal kaki, kurap dan sebagainya. Kecil-kecil cili padi tau!
Cara Menggunakan Nixoderm Ointment
Rawatan Untuk Jerawat, Bintik Hitam, Eczema, Ruam
Selepas cuci muka, sapukan nixoderm ointment perlahan-lahan dan menyeluruh di semua bahagian kulit yang dijangkiti. Sapukan dua kali sehari pada pagi dan malam. Rawatan ini perlu diteruskan selama tujuh hari. Kemudian dihentikan selama tiga hari lalu disambung semula selama tujuh hari berikutnya. Teruskan kaedah rawatan ini sehingga kulit pulih sepenuhnya.
Baca: Rutin Penjagaan Kulit Harian, Mingguan, Bulanan Dan Tahunan
Rawatan Untuk Gatal Kaki
Bersih dan keringkan kaki. Sapukan nixoderm ointment perlahan-lahan dan menyeluruh di semua bahagian kulit yang dijangkiti, terutamanya di bahagian antara jari kaki. Sapukan dua kali sehari pada pagi dan malam. Rawatan ini perlu diteruskan selama tujuh hari. Kemudian dihentikan selama tiga hari lalu disambung semula selama tujuh hari berikutnya. Teruskan kaedah rawatan ini sehingga kulit pulih sepenuhnya. Ini merupakan salah satu keadaan kulit yang paling degil dan mungkin muncul semula. Oleh itu, ia adalah disyorkan untuk teruskan rawatan untuk tiga minggu selepas tanda-tanda gatal telah hilang.
Baca: Tips/Petua : Hilang Jerawat Dan Parut Dengan Mudah
Rawatan Untuk Kurap
Sapukan nixoderm ointment perlahan-lahan dan menyeluruh di semua bahagian kulit yang dijangkiti. Sapukan dua kali sehari pada pagi dan malam. Rawatan ini perlu diteruskan selama tujuh hari. Kemudian dihentikan selama tiga hari lalu disambung semula selama tujuh hari berikutnya. Teruskan kaedah rawatan ini sehingga kulit pulih sepenuhnya. Kurap adalah salah satu keadaan kulit yang paling degil. Oleh itu, ia adalah disyorkan untuk teruskan rawatan ini selagi diperlukan.
Untuk memperbaiki semula tona kulit tidak sekata, korang perlu amalkan untuk sapu moisturizer untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah dan jangan lupa untuk pakai sunblock!
Baca: Cara Yang Betul Menggunakan Sunblock
Amaran Dan Langkah Berjaga-Jaga
Bagi kulit sensitif, sapuan pertama dengan nixoderm ointment mungkin memedihkan. Untuk mengelakkannya, sapukan jeli petroleum sebelum nixoderm ointment. Elakkan sentuhan dengan mata. Jika terkena mata, bilas segera dengan air.
3 Comments
bagusnyaaa bukan semata-mata tuk jerawat eh
ReplyDeleteBetul tu Kak Sue. Banyak kegunaan nixoderm ointment nie
DeleteMacam tu ke pakai nixoderm ni. LH main pakai aje. Letak pun malam aje. Baru tau kena stop 3 hari. Hahah
ReplyDelete