Assalamualaikum

Resepi Kuey Teow Goreng Kering | Aku selalu failed nak masak kuey teow goreng kering. Salah step je, confirm kuey teow basah jadinya. Stress! Selepas beberapa kali aku cuba, akhirnya menjadi kuey teow goreng kering aku versi mudah dan cepat.

Bahan-bahan

1. 1 biji bawang besar *tumbuk/kisar
2. 5 ulas bawang putih *tumbuk/kisar
3. 2 biji cili besar *tumbuk/kisar
4. 8 biji cili padi *tumbuk/kisar
5. 1 paket kuey teow
6. 100 gram kerang
7. 6 ekor udang
8. Daun kucai
9. Taugeh
10. 5 sudu besar kicap manis
11. 1 sudu besar sos tiram
12. 2 sudu besar sos cili
13. 2 sudu besar sos tomato
14. 2 biji telur

Cara-cara

1. Tumbuk atau kisar bahan-bahan bertanda. Boleh lebihkan cili padi jika nak extra pedas
2. Masukkan kuey teow yang dah siap dicuci dan tos ke dalam mangkuk. Masukkan 5 sudu kicap manis dan gaul rata
3. Di dalam periuk asing, rebus kerang dan udang. Boleh rebus secara berasingan. Ambil sedikit air rebusan udang untuk gaul bersama bahan kisar
4. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda sehingga garing
5. Selepas itu, pecahkan dua biji telur dan kacau rata
6. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Kemudian, masukkan udang dan kerang, kacau rata
7. Masukkan kuey teow, daun kucai dan taugeh. Perasakan dengan garam dan gula
8. Besarkan api dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Tips

Setelah aku buat macam resepi aku kongsikan ini, memang menjadi kuey teow goreng kering aku. Tak perlu tambah air dah. Air rebusan udang pun aku masukkan masa aku dah siap tumbuk bahan-bahan tu. Lepas tu terus tumis. Sedap! Cuba laa korang.

Garam dan gula tu tak perlu banyak. Sedap kuey teow pun dah gaul dengan kicap manis. Sos tiram pun dah masin. Tak nak perasakan dengan garam dan gula pun takpe. Semua dah sedap!