Assalamualaikum

Pelbagai Sajian Hidangan Masakan Di Warung Moh, Ngeteh Kita | Bila dah penat berjalan di Temerloh, mesti korang tertanya-tanya tempat makan mana yang hidangkan makanan yang lazat, kan? Sebab bukan nak jumpa kedai yang betul-betul hidangkan makanan yang lazat.

Pelbagai jenis hidangan yang disajikan di Warung Moh, Ngeteh Kita yang terletak di Kampung Batu Tutur. Bermula makanan pagi, tengahari, minum petang dan malam. Kiranya sepanjang hari boleh makan di warung ini.

Yang lebih menarik lagi, warung ini juga menerima tempahan katering. Serba boleh ya! Dengan kedudukan warung di tepi jalan besar dan mempunyai ruangan parking yang luas, memudahkan lagi pelanggan untuk ke warung ini.

Sebelum menikmati sajian hidangan masakan yang dihidangkan, sempat berborak dengan Encik Kamaruddin Bin Ibrahim, Pengurus Besar, Tourism Pahang berkenaan pelancongan negeri Pahang terutama daerah Temerloh.

Aku yang menikmati hidangan nie pun tambah nasi ya! Lauknya sedap dan tom yam tu tak kedekut betul. Berbaloi dan puas hati makan! So, jangan ingat bila datang Temerloh kena nikmati hidangan ikan patin sahaja. Pilihan menu lain pun ada tau!

Hari Operasi: Khamis - Selasa (Tutup: Rabu)
Waktu Operasi: 07.00 pagi - 11.00 malam
Lokasi: Kampung Batu Tutur, 28020 Temerloh, Pahang.

#temerlohunlimited #kampungstaydesamurni #homestaydesamurni #exploretemerloh2022 #temerlohbandarikanpatin #temerlohtitiktengahsemenanjung