Assalamualaikum

Temerloh Titik Tengah Semenanjung Menjadi Tumpuan Pelancong | Ingat je Temerloh, mesti terbayang-bayang ikan patin. Tapi ramai yang tidak tahu bahawa Temerloh merupakan Titik Tengah Semenanjung. Betul ke?

 

Latar Belakang Titik Tengah Semenanjung

Semenanjung Malaysia terbahagi kepada 11 negeri dan 2 wilayah persekutuan dengan keluasan 130 423 kilometer persegi. Pada tahun 2009, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah melakukan kajian bagi penentuan titik tengah Semenanjung Malaysia dengan menggunakan tiga kaedah iaitu berdasarkan kaedah bentuk rupa bumi Semenanjung Malaysia, jisim Semenanjung Malaysia dan hitungan matematik.

Berdasarkan kepada kaedah-kaedah yang telah dicadangkan, kaedah hitungan matematik merupakan kaedah yang paling sesuai digunakan kerana ianya menghasilkan nilai satu titik konklusif dengan menggunakan formula nilai purata koordinat. Hasil kajian, lokasi titik tengah Semenanjung Malaysia adalah terletak di Kampung Paya Siput berhampiran Pekan Lanchang, Daerah Temerloh, Negeri Pahang.

Satu monumen telah dibina oleh pihak JUPEM bagi menandakan titik tengah Semenanjung Malaysia ini. Nilai koordinat titik tengah tersebut telah diperolehi daripada cerapan Sistem Penentududukan Sejagat (GPS) dan direkod dalam nilai saat terhampir iaitu Latitud 03° 29' 33" dan Longitud 102° 13' 10". Atas persetujuan Kerajaan Negeri Pahang, titik tengah Semenanjung Malaysia kini dikenali sebagai Temerloh Titik Tengah Semenanjung (T3S).

Cukup menarik jugak, mercu monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung pacakan 5 batang buluh di dalam yang dicondongkan menghala ke arah kiblat sebagai mewakili 5 Rukun Islam. Sangat menarik dan membawa makna yang besar.

Dengan menggunakan konsep hentian, Temerloh Titik Tengah Semenanjung juga menawarkan plaza komersial iaitu gerai, tandas, wakaf, surau, taman rekreasi dan permainan kanak-kanak.






Hari Operasi: Sabtu - Khamis (Tutup: Jumaat)
Waktu Operasi: 10.00 pagi - 04.00 petang (Isnin - Khamis) / 10.00 pagi - 05.00 petang (Sabtu - Ahad)
Lokasi: Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh.
Harga Tiket: RM5 (Dewasa) / RM3 (Kanak-Kanak)


#temerlohunlimited #kampungstaydesamurni #homestaydesamurni #exploretemerloh2022 #temerlohbandarikanpatin #temerlohtitiktengahsemenanjung