Assalamualaikum

Back To Nature Di Deerland Park, Lanchang | Nak tengok binatang, tak perlu ke Zoo Negara dah. Kini ke Deerland Park, Lanchang, korang dapat tengok binatang dengan suasana back to nature. Dikelilingi pokok-pokok besar yang menjadikan suasana Deerland Park sejuk dan nyaman.

Deerland Park adalah milik persendirian Encik Abdullah Ahmad Bin Mahmud yang telah dibina pada tahun 1996. Dengan keluasan 10 ekar, Deerland Park ini mampu memuatkan lebih 10 jenis binatang. Matlamat utama Encik Abdullah Ahmad adalah untuk mengekalkan hidupan liar yang semakin pupus.

Seiring dengan nama Deerland Park, terdapat lebih 100 ekor rusa dengan kegunaan kandang rusa seluas 7 ekar. Yang menariknya tentang rusa, tanduk rusa akan gugur sendiri dan tumbuh tanduk yang baru. Jika rusa yang bergaduh sesama sendiri dan luka kecil, akan sembuh dalam masa seminggu jika rusa itu jilat.

Manakala rusa yang tumbuh tanduk dan keras, akan berlaga sesama sendiri menguasai kawasan. Sebab itu rusa akan ada yang luka dan ada juga yang mati. Jika ke Deerland Park, kita dapat sentuh rusa itu. Seronok! Banyak binatang lain yang terdapat disini.


Antara binatang yang terdapat disini ialah pelbagai jenis ular; ular sawa batik albino, ular sawa batik, corn snake. Selain tu, terdapat beberapa jenis burung, ayam dan itik. Kucing benggal turut terdapat disini. Sangat menarik!



Hari Operasi: Sabtu - Khamis (Tutup: Jumaat)
Waktu Operasi: 10.30 pagi - 04.00 petang (Isnin - Khamis) / 10.30 pagi - 05.00 petang (Sabtu - Ahad / Public Holiday)
Lokasi: Lanchang, 28500 Pahang, Malaysia
Harga Tiket: RM5 (Dewasa) / RM3 (Kanak-Kanak)


#temerlohunlimited #kampungstaydesamurni #homestaydesamurni #exploretemerloh2022 #temerlohbandarikanpatin #temerlohtitiktengahsemenanjung