Tengok Gajah Di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Friday, 18 February 2022

Assalamualaikum

Tengok Gajah Di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah | Selepas ke Deerland Park, Lanchang, wajib singgah di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Dengan jarak antara dua tempat ini tersangat dekat. Maka, rugi kalau lepaskan peluang untuk tengok dan sayangi binatang ya.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah adalah tempat pemuliharaan gajah yang dilaksanakan dan diuruskan oleh Persatuan Hidupan Liar Malaysia. Tujuan asal pusat ini adalah bertujuan menyelamat gajah-gajah liar di hutan-hutan seluruh negara akibat pembangunan di kawasan habitat asal mereka.

Di pusat ini korang juga akan dapat menonton tayangan video dokumentari selama 30 minit mengenai aktiviti dan program pemuliharaan yang dijalankan oleh pasukan. Ini akan memberikan pengalaman hidupan liar yang tidak boleh dilepaskan!

Seperti gajah yang tengah bagi makan tebu nie, namanya Ayu. Mempunyai sedikit kecacatan di bahagian kaki dan luka. Aku sempat bertanya pada petugas, katanya terkena gading gajah semasa mengawan. Tapi Ayu nie aktif dan baik tau!

Selain itu, pengunjung boleh membeli dan memberi gajah makan, menyaksikan petugas memandikan gajah di sungai tetapi bergantung pada paras air sungai ketika itu dan menyaksikan persembahan gajah. Ditekankan disini, persembahan gajah bermaksud persembahan berpendidikan. Bukan sarkas!

Hari Operasi: Setiap Hari
Waktu Operasi: 10.00 pagi - 04.30 petang
Lokasi: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Kuala Gandah, 28500 Lanchang, Pahang.


#temerlohunlimited #kampungstaydesamurni #homestaydesamurni #exploretemerloh2022 #temerlohbandarikanpatin #temerlohtitiktengahsemenanjung

2 comments

  1. Sekali sekala dapat berinteraksi dengan haiwan ni seronok juga.

    ReplyDelete
  2. Eee comelnyaa gajah² tuu, husniey datang sini follow blog awak Eyqa 💞

    ReplyDelete