Assalamualaikum
Pelbagai Koleksi Permainan Online Dalam Platform Solitaire.org | Bila malam hujung minggu macam nie, memang aku akan buat aktiviti sendiri bersama suami aku. Contohnya layan movie sampai pagi atau bermain permainan online. Biasanya melalui telefon bimbit atau komputer.
Bermain games nie sebenarnya dapat menghilangkan tekanan tempat kerja tahu tak? Kalau aku main games, focus betul sampai suami aku tegur. Berjam-jam pun aku sanggup ya! Asalkan aku tak payah fikir masalah lain. Hihihihii..
Hye hye! Nak tahu tak? Aku jumpa satu platform games menggamit kenangan lalu. Solitaire.org seolah olah memberi aku ruang aku mengimbau zaman komputer kotak tu. Dulu selalu berebut komputer dengan ayah sebab nak games solitaire nie.
Aku pun apa lagi.. terus layan games solitaire tau! Siap berebut dengan suami aku kali nie. Makan pun depan komputer. Apoooo? Hahahahaa.. perangai betul bila dah jumpa games macam nie. Dah laa dari dulu aku cukup addicted dengan games solitaire.
Dulu pernah tau maa aku marah aku sebab aku terlampau addicted layan games solitaire nie. Yelaa, berjam-jam main sampai tak siapkan kerja sekolah. Tapi tu dulu, sekarang dah kerja dan dah berumahtangga, aku dah pandai bahagikan masa.
Selain itu, dalam platform Solitaire.org juga mempunyai pilihan lain. Banyak tau pilihan lain dan semestinya menggamit memori lama korang.
Minesweeper! Tipulah kalau korang tak pernah main games nie. Aku cukup geram kalau main games nie. Hahahahahaa.. tekan tekan je terus boom! Masa suami aku main games nie, baru dua tekan dah kena boom. Entah apa perangai laa asyik terkena periuk api.
My favourite all the time, word search! Kalau permainan word search nie, aku cukup minat ya. Kalau bukan online pun, aku sanggup beli buku word search sampai bersiri-siri. Anak saudara sulong aku sangat mewarisi perangai aku. Minat main games word search. Tajamkan minda katanya.
Seriously, dalam permainan online bukan semuanya tidak elok ya. Masih ada games yang memberikan manfaat kepada kita dan anak-anak. Tak salah kalau korang memberi ruang dan peluang untuk anak-anak korang bermain asalkan pantau waktu.
Nak tahu kenapa aku suka bermain games dalam Solitaire.org? Kerana dalam platform nie tiada iklan. Maka tercapailaa hasrat aku untuk bermain tanpa gangguan. Hanya aku dan games sahaja. So, kalau korang nak hilangkan tekanan korang dengan games, disinilah tempatnya.
0 Comments