Assalamualaikum
Jangan Guna MAE Untuk Cash Out AdSense | Walaupun baru kali pertama merasa duit AdSense selepas empat tahun lebih lulus AdSense dalam blog nie. Bukan mudah untuk mengumpul sampai dapat cash out nie. Banyak naik turun yang memenatkan diri aku.
Baca: Lulus Adsense Selepas 5 Kali Gagal
Hujung tahun lepas aku, aku dah berpeluang cash out AdSense aku untuk kali pertama. Happy sangat! Hasil bertahun-tahun blogging dah dapat tuai hasilnya. Email mula masuk menyatakan aku perlu menunggu lima hari bekerja untuk duit masuk dalam akaun bank aku.
Hari berganti hari, duit tak masuk-masuk. Aku dah gabra. Kenapa tak masuk?! Tak lama kemudian aku terima email yang menyatakan cash out aku tidak berjaya. Dan aku perlu hubungi bank untuk maklumat lanjut kenapa tidak berjaya.
Selepas hubungi bank cawangan dan HQ, aku baru tahu puncanya. Dalam akaun AdSense, aku masukkan nombor akaun MAE. Pihak bank beritahu aku bahawa MAE adalah wallet. Jadi, tak boleh digunapakai untuk pemindahan wang seperti AdSense.
Syukur ya Allah! Sepantas kilat aku tukar nombor akaun lain. Dan tak lama selepas tukar nombor akaun, aku terus terima email menyatakan duit AdSense dalam proses dah. Yeayhaaa! Dalam tiga hari je, terus masuk duit tu dalam akaun aku.
So, korang pastikan jangan guna akaun MAE tau! Nanti jadi macam aku. Terus ambil masa yang lama untuk selesaikan. Guna je akaun bank biasa. Nie dah masuk dalam blog aku, tekanlah iklan aku dua tiga keping tu. Menabung demi seketul domain!
0 Comments