Assalamualaikum

Minyak Zaitun Al’Ard Premium Organic Extra Virgin | 100% Tulen Tanpa Campuran | Bila makin meningkat usia, pemakanan makin perlu dititikberatkan walaupun sepatutnya perlu dijaga sejak kecil. Tapi masih tak terlalu lambat untuk kita sedar bahawa kesihatan tidak boleh dijual beli apabila sudah sakit.

Bila disebut kelebihan minyak zaitun, terlalu banyak untuk disenaraikan. Sememangnya tidak dapat kita nafikan kelebihannya. Semestinya banyak kelebihan dan khasiat untuk kesihatan dan kecantikan.

Pernah dengar minyak zaitun 100% tulen tanpa sebarang campuran? Minyak zaitun Al’Ard Premium Organic Extra Virgin 100% tulen tanpa sebarang campuran yang diyakini. Kita pun boleh guna tanpa rasa was-was ye.

Pengenalan Minyak Zaitun

Minyak zaitun adalah lemak yang diperoleh hasil daripada perahan buah zaitun (olea europaea) yang banyak terdapat di rantau Mediterranean seperti di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco.

Selain itu, minyak zaitun mengandungi pelbagai khasiat, pengambilan dalam menu harian membantu mencegah penyakit berkaitan kardiovaskular, selain mengurangkan risiko kanser. Minyak zaitun mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan seperti membantu mencegah penyakit jantung, strok, diabetes, mengawal kesan radang dan mengawal kadar kolesterol dalam darah. Pengambilan minyak zaitun dapat membantu mengawal glukos dalam darah kepada pesakit diabetes.

Lima Jenis Minyak Zaitun

  • Extra Virgin Olive Oil
  • Virgin Olive Oil
  • Refined Olive Oil
  • Pure Olive Oil
  • Light Olive Oil

Minyak Zaitun Al’Ard Premium Organic Extra Virgin


Minyak Zaitun Al’Ard Premium Organic Extra Virgin adalah keluaran minyak zaitun terbaik yang pernah dihasilkan. Minyak zaitun ini adalah first harvest dari kota Palestine. Ia dihasilkan daripada buah zaitun tuaian pada hari pertama musim tuaian buah zaitun. Minyak zaitun ini adalah hasil dari pilihan buah zaitun hijau terbaik yang di petik setiap biji dengan tangan serta di proses pada hari yang sama bagi mendapatkan minyak zaitun dengan kandungan khasiat yang lebih tinggi.

Khasiat Minyak Zaitun Al’Ard Premium Organic Extra Virgin

Tambahan pula, hasil tuaian buah dari pokok zaitun asli di Palestine adalah janis nabali, roomy dan souri yang telah ditanam sejak ratusan malahan ribuan tahun yang lalu. Buah dari pokok zaitun tua yang melebihi 500 tahun di Palestine mengandungi pelbagai khasiat antioksidan, vitamin dan mineral yang jauh lebih tinggi berbanding dari pokok zaitun muda di ladang-ladang zaitun negara lain.

Cara Mengamalkan Minyak Zaitun Al’Ard Premium Organic Extra Virgin

Terdapat pelbagai cara untuk kita amalkan pengambilan minyak zaitun ini. Antaranya:

  1. Minum satu sudu setiap hari sebelum sarapan pagi dan satu sudu sebelum tidur malam ketika perut kosong. Elakkan minum air selama tiga minit selepas minum minyak zaitun.
  2. Roti kosong cicah dengan minyak zaitun. Boleh juga dicampur dengan zaatar, cuka kurma atau cuka anggur untuk menambah lagi rasa.
  3. Tukar minyak masakan biasa kepada minyak zaitun untuk semua jenis makanan panas dan sejuk.
  4. Sapukan minyak zaitun pada kulit serta mana-mana bahagian tubuh badan untuk menghilangkan kesan parut dan kulit kering, masalah eczema, radang kulit, masalah sendi dan lutut serta melebat dan menghitamkan rambut.

Pelbagai Produk Lain Yang Terdapat Di Pasaran Al'Ard

Bukan minyak zaitun sahaja yang terdapat di pasaran Al'Ard. Pelbagai produk-produk lain yang korang boleh dapatkan. Antaranya:

  • Palestinian Organic Extra Virgin Olive Oil (POEVOO)
  • Palestinian Virgin Blackseed Oil (Minyak Habattusauda Palestin)
  • Sabun Minyak Zaitun 100%
  • Premium Palestinian Za’atar Blend

Korang boleh ke website ini untuk dapatkan produk dan maklumat yang lebih lanjut. Yang baik, kita kongsi bersama.

AL'ARD MALAYSIA | AL'ARD FAR EAST