Assalamualaikum

Keindahan Di Peladang Setiu Agro Resort | Dah cerita pasal apa yang ditawarkan disana, sekarang aku akan ceritakan keindahan dan kemudahan yang disediakan disana. Selain bilik seperti yang aku cerita disini entry lalu [rujuk sini], Peladang Setiu Agro Resort juga menawarkan beberapa kemudahan lain.

Apakah kemudahan yang disediakan?
  1. Surau
  2. Dewan Seminar
  3. Dewan Mesyuarat
  4. Cafe
  5. Agro Training Centre
  6. Tapak perkhemahan
Yang lebih menarik, sewaktu team #KBBA9 sampai di sini, ada program perkhemahan peringkat negeri. Makin meriah ya! Jom tengok aktiviti apa yang team #KBBA9 lakukan.

Night Agro Trekking


Night agro trekking nie best gila! Nie pengalaman pertama aku sebab tak sertai mana-mana trekking pun sebelum nie. Apatah lagi nie night agro trekking. Sehari sebelum pergi sana pun aku dah fikir bukan-bukan. Entah apa yang ada dalam hutan sana.

Yang lebih menarik semasa night agro trekking, dapatlah ilmu tentang sejenis kulat yang dinamakan kulat 3K. Kulat nie mempunyai keistimewaan yang tersendiri terutama kepada wanita bagi meningkatkan lagi pemuliharaan kewanitaan dan membantu memulihkan wanita lepas bersalin.

Credit this picture to Azura Abu *Amazing Terengganu*

Dan paling tak best bila night agro trekking ialah terkena gigitan manja pacat! Aku nie sejenis kedekut nak derma darah tapi pacat nie mencabul betul. Dia datang gigit sendiri kaki dan tangan aku. Mampu menjerit je weyy! Minta tolong buang pacat yang tengah hisap darah atau tengah merayap naik tu.

Flying Fox



Flying fox nie kalau korang punya keberanian yang tinggi dan tak gayat, sangat dialu-alukan untuk mencuba ya. Kalau sejenis penakut macam aku, sila fikir dua tiga kali. Sebab tangga untuk naik ke platform pun dah curam gila. Tangga itu mempunyai kecuraman 45° pada tangga pertama, 50° pada tangga kedua, 55° pada tangga ketiga dan 45° pada tangga terakhir untuk sampai ke platform. Bayangkan sendiri macam mana nak sampai ke platform atas tu. Hahahahaa.. Aku yang sejenis penakut pun cuba ya. Cuba untuk atasi gayat sebab aku tahu, penghujung untuk sangat menggembirakan walaupun aku menjerit sakan semasa nak turun tu.



Laguna Setiu Wetland



Selepas bergembira main flying fox, team #KBBA9 terus terjah ke Laguna Setiu Wetland di Kampung Limau Nipis, Gong Batu, Setiu. Disana juga dibawah Peladang Setiu Wetland yang memuatkan enam buah chalet disana. Kalau nak ke sana, perlu menaiki bot yang mengambil masa 5-10 minit sahaja.


Disana begitu kaya dengan tumbuhan paya bakau dan pokok-pokok nipah. Yang lebih menarik, disini aku dapat belajar mencari scallop atau lebih dikenali sebagai kekapis, lokam, kepah dan pelbagai lagi. Bila dah belajar cari sendiri, baru aku faham bila orang jual mahal. Susah weyy nak cari! Aku sendiri pun merungut.

Ilmu baru tau bila dapat mencari sendiri. Walaupun masa cari lokam tu, aku kena gigit nyamuk weyy! Hahahahahaa.. Selepas letih berjemur tengah panas mencari kekapis, lokam dan kepah, terus sesi bakar. Yang nie paling best sebab dapat makan yang betul-betul fresh. Manis tu sangat terasa.




Singgah Ke Desa Kekabu Inn


Selepas dah bergembira kenyangkan perut dan sedut ilmu baru, petang tu sebelum pulang ke resort, team #KBBA9 singgah ke Desa Kekabu Inn yang terletak di tepi Sungai Guntung. Desa Kekabu Inn ini mempunyai keunikkan tersendiri dimana ruang makan di tepi sungai. Dari ruang makan boleh lihat air sungai yang mengalir. Menarik dan tempat yang sangat menenangkan. Boleh klik link ini untuk ke facebook Desa Kekabu Inn.




BBQ Dan Senaman Suara


Penutup bagi hari kedua ialah BBQ dan senaman suara. BBQ nie hasil tangkapan siang tadi iaitu kekapis, lokam dan kepah. Disebabkan aku dah terlampau kenyang dan penat, tak makan banyak. Selain itu, sakit kepala menyerang masa itu juga.

Water Confident Dan Kayak

Scene nie dimana bila dah masa jatuhkan badan ke dalam air, si Zarin nie taknak jatuh. Dia nak berpaut tapi nie haaa! Dia cubit bawah lengan tempat paling banyak lemak. Nak je aku kaki kan dia nie 😒

Ini adalah aktiviti terakhir pada hari ketiga sebelum check-out. Sebelum nak berkayak, semestinya wajib lakukan aktiviti water confident. Dimana aktiviti ini untuk menguji mental dan fizikal kita untuk menyelamatkan diri jika berlaku kayak terbalik.


Semua aktiviti disini sememangnya pengalaman pertama aku melainkan BBQ itu. Hahahahaa.. Aku nie sejenis takut air. Masa water confident tu pun aku boleh menjerit tanya mana kaki aku sebab aku tak dapat rasa dasar air. Hahahahaa kena gelak macam apa masa tu. Main kayak lagi aku takut. Satu round je lepas tu aku terus tak nak main dah. Minta maaf Kak Lya sebab tak dapat main lama-lama.


Hasilnya sepanjang disini, aku makin legam! Hahahahaa.. Tapi gembiranya hanya Allah swt je tahu. Pengalaman pertama aku dan sangat manis. Kepada pihak Peladang Setiu Agro Resort, terima kasih kerana menerima kunjungan kami, sediakan aktiviti menarik dan goodies keropok tu. Kepada team #KBBA9, terima kasih untuk kerjasama yang diberikan selama tiga hari dua malam.


" If you don't challenge yourself, you will never realize what you can become "