Rumah Mampu Milik Untuk Warga Kota, Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)

Rumah Mampu Milik Untuk Warga Kota, Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) | Demi merealisasikan status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, pembangunan perumahan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) harus dilaksanakan untuk membantu golongan berpendatan rendah dan sederhana sukar membeli dan memilik rumah.

Justeru itu, satu dasar yang komprehensif penting untuk membolehkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Labuan (PL) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) merancang dan menimbangkan permohonan perancangan penyediaan rumah mampu milik. Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) komited untuk memastikan warga kota memiliki rumah mereka sendiri.

Antara projek yang sedang dibina dan dibuka untuk permohonan

Dijangka sebanyak lebih kurang 80,000 unit RUMAWIP dirancang untuk pembinaan di Wilayah Persekutuan dalam tempoh masa lima tahun. Jika pemohon masih belum memiliki sebarang rumah kediaman di Wilayah Persekutuan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang sedang berkuat kuasa dari semasa ke semasa, pemohon masih layak untuk memilik RUMAWIP.

Apakah keunikan RUMAWIP?
RUMAWIP hanya tertumpu kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.

Apakah jenis dan harga rumah yang ditawarkan?
JENIS
HARGA JUALAN
SAIZ MINIMA
Rumah Harga Rendah
RM63 000 (Kuala Lumpur Dan Putrajaya)
RM52 000 (Labuan)
700 kaki persegi (3 Bilik Tidur)
Rumah Harga Sederhana Rendah
RM63 001 – RM150 000
1.        800 kaki persegi
(3 Bilik Tidur)
2.       650 kaki persegi
(2 Bilik Tidur dan kurang)
Rumah Harga Sederhana
RM150 001 – RM300 000


Lokasi yang strategik dan kemudahan yang disediakan
Lokasi yang sangat strategik dan pelbagai kemudahan yang sediakan untuk memudahkan penghuni. Antaranya tempat letak kereta dan beserta kemudahan lain seperti surau, gymnasium, dewan serbaguna, ruang kedai, taman permainan kanak-kanak & taman mini rekreasi.

Apakah syarat-syarat kelayakan?
Bagi pemohon yang ingin memohon, pemohon harus warganegara Malaysia berumur sekurangkurangnya 18 tahun ketika permohonan dibuat dan dilahirkan, bermastautin atau bekerja di Wilayah Persekutuan. Dan pendapatan pemohon yang layak memohon RUMAWIP adalah tidak melebihi RM10,000 sebulan bagi pemohon bujang/tidak berkeluarga atau RM15,000 sebulan bagi pemohon yang telah berkahwin.

Natijahnya, Dasar Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan ini akan dapat mengatasi masalah rumah kos rendah, kos sederhana dan sederhana yang mencukupi. Dengan RUMAWIP ini akan dapat menampung dan memberi peluang kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana yang tinggal di bandar untuk memiliki rumah sendiri. 

Komitmen semua pihak pemaju perumahan perlu menyediakan kemudahan infrastruktur yang mencukupi dan sempurna manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Labuan (PL) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) perlu menyediakan kemudahan lain seperti pusat rekreasi, dewan serbaguna dan lain-lain bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat. 
 
Antara projek-projek yang sedang dibina dan dibuka untuk permohonan

1. Lily Apartment


Jenis Kediaman: Pangsapuri
Alamat: Lot 32075, Kuchai Lama Entreprenuers Park, Mukim Petaling, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 58200, Kuala Lumpur, W.P. Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, sila layari Lily Apartment.

2. Kondominium Kiara Kasih


Jenis Kediaman: Kondominium
Alamat: Lot 57500, Mukim Batu, Jalan Sungai Teba, Segambut, 51200, Kuala Lumpur, W.P. Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, sila layari Kondominium Kiara Kasih.

3. Residensi Desa Satumas


Jenis Kediaman: Pangsapuri
Alamat: Lot 58433, Jalan Desa, Taman Desa, 58100, Kuala Lumpur, W.P. Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, sila layari Residensi Desa Satumas.

4. RUMAWIP@Sentral 2


Jenis Kediaman: Pangsapuri
Alamat: Lot PT13105, Presint 7, 62000, Putrajaya, W.P. Putrajaya. Untuk maklumat lanjut, sila layari RUMAWIP@Sentral 2.

Sebenarnya banyak lagi projek-projek perumahan ini yang giat dijalankan. Maka, sila layari laman rasmi RUMAWIP untuk maklumat lanjut. 

Post a Comment

60 Comments

  1. wahhh.. bertuahnya kepada semua warga kota.. banyak kelebihan dengan program ni yer.Patut kena grab awal-awal sebelum kuota penuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beruntung warga Wilayah Persekutuan ada RUMAWIP..cepat2 la rebut peluang keemasan ni

      Delete
  2. cantik jugak rumah rumah rumawip nih. sapa yang layak mohon jangan lepaskan peluang!

    ReplyDelete
  3. Untung orang KL macam-macam benefit yang diorang dapat. Kena apply cepat ni

    ReplyDelete
  4. Cntiknye rumah die... Warga kl je ke boleh apply?

    ReplyDelete
  5. Cantiknya la bangunan rumah rumawip ni.. Kalau duk kl.. Boleh mohon hehe

    ReplyDelete
  6. Fuhhh..masih ada erk harga macam ni..yang layak patut mohon nii

    ReplyDelete
  7. Aduh kita layak rupanya! Esok nk apply hihi . Tq info

    ReplyDelete
  8. siapa yang layak, gi la apply.

    kita yang tak layak ni..pandang ajela jawabnya. hoho

    ReplyDelete
  9. Cantik2 kan rumah bawah projek RUMAWIP ni..harga pn murah..

    ReplyDelete
  10. sewa rumah murah, duit yg lain bole saving pd perbelanjaan yg lain..bestnyaa

    ReplyDelete
  11. Lokasi rumah ni strategik juga ya. Harga pun murah. So tak de la alasan tak boleh memiliki rumah bagi warga KL.

    ReplyDelete
  12. Untung warga kota semua..bestnya boleh sewa rumah yg murah..bukan apa..dalam keadaan ekonomi yg melampau sekarang..terpaksa la menyewa kan..nak beli rumah sebiji harga hak masuk akal..

    ReplyDelete
  13. Beruntungnya laaa warga wilayah persekutuan ni

    ReplyDelete
  14. wow, harga berpatutan ... rumah pula cantik gitu ...

    ReplyDelete
  15. boleh tahan rekabentuknya, untung orang bandar!

    ReplyDelete
  16. waa ni adalah antara projek yang bagus dan sangat membantu penduduk yang memerlukan. those yang qualified dengan syarat-syarat yang dinyatakan tu, cepat-cepatlah buat permohonan kan, jangan lepaskan peluang ni hehe.

    ReplyDelete
  17. Harap rumah mampu milik ni dibina dengan bahan bahan yang berkualiti. Kalau tengok rumah PPRT...sedih sangat. Bina dengan matlamat untuk menempatkan golongan yang tak berkemampuan tapi binaan nampak macam tak berkualiti. Harap2 rumah mampu milik ni tak jadi macam pprt.

    ReplyDelete
  18. Wah, ada rumah murah kalau kawin takdelah tumpang rumah mertua atau parents sebab boleh duk rumah sendiri . Orang kl dah boleh ada rumah sendiri. Syoknya

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah kita juga adalah salah seorang pemilik RUMAWIP ini atas anasiatif kerajaan ada sekarang kita mampu untuk milik tengah tunggu rumah siap jer hehehe tak sabar nak pindah...

    ReplyDelete
  20. Cantik dan lokasi pun strategik..rugi kalau warga KL tak apply

    ReplyDelete
  21. Bila ada program macam ni,adalah peluang kita nak dapat rumah sendiri

    ReplyDelete
  22. cantiknya rumah jimat untuk warga kota, kecantikkan nya setanding kondo tau. jom la apply

    ReplyDelete
  23. Sis dah apply dah rumah rumawip ni..tapi sampai sekarang masih belum dapat lagi harga yang di bawah kemampuan sis..huhuhu. Lagi pun sekarang ni nak membeli rumah kena banyak pikir nak bayar itu ini. Nak kena settlekan bayar apa yg perlu dahulu

    ReplyDelete
  24. Bagusnya ada inisiatif mcm ni. Cepat2 ambil peluang, nanti terlepas. Hehe...

    *"jangan cakap abg tak payung hihi

    ReplyDelete
  25. baru tahu pasal Rumahwip ni..thanks for sharing this info

    ReplyDelete
  26. Saya dah tengok2 design rmh dia. Mmg cntik2. Harga plk berpatutan. Siapa yg berkelayakan haris mohon.

    ReplyDelete
  27. Hope more of these housing available for everyone so that everyone had a place to stay and afford to pay for it. Good initiative to support the underpriviledge.

    ReplyDelete
  28. minat sgt dgn rumawip ni....tapi xterbeli lg...fuhhh...kne fight beli cepat

    ReplyDelete
  29. untung warga wilayah persekutuan ada perumahan rumawip.harga pun berpatutan.yang berkelayakan bolehlah mohon.ada peluang keemasan macam nih kena grab cepat cepat

    ReplyDelete
  30. wah..tengok harga not bad la..rumah mampu milik kenapa nampak macam tempat mewah je..bagusnya..sekarang nak cari rumah kene betul-betul yang kita rasa mampu..bagus rumah mampu milik ni, untungla sampai yang dapat

    ReplyDelete
  31. Wah, rumah mampu milik... Lama dah nak apply, tak berkesempatan je... Design semua cantik pulak tu....

    ReplyDelete
  32. RUMAWIP ni bagus. Cuma kena Hati-hati bila membeli. Kaki kawasan rumah tersebut. Ruby memang sedang survey RUMAWIP dan PR1MA. Bila dah survey tengok kawasan jem teruk. Senarai Pemaju juga kena tengok. Lepas tu saiz square fit keluasan rumah. Selalunya yang harga rendah tu 650square feet. So bila dah tahu square feet. Tengok design. Boleh bayang camana nak susun atur kabinet. Sebab beli rumah utk duduk lama. Kalau bleh biar lapang dan selesa sampai anak besar. Hehe. Walau apa pun tengok jumlah kewangan memasing. Musim pilihan raya ni banyak promosi. Better grab opportunity ni.

    ReplyDelete
  33. harga murah..luas pn luas..dekat kl plak tuh..bestnya

    ReplyDelete
  34. Bagusnya inisiatif yg cuba diketengahkan melalui program Rumawip nie. Yelah, mostly rumah di bandar2 besar harga ratus ribu riban. Kesian yg bergaji rendah xdpt nk memiliki rumah sndri.

    ReplyDelete
  35. There's one nearby my house as well, it's really great for those who can't afford the crazy price spike for property nowadays.

    ReplyDelete
  36. Baguslah inisiatif macam ni. Boleh membantu mereka yang golongan Ber pendapatan sederhana untuk memiliki rumah mereka sendiri

    ReplyDelete
  37. Bagus ada bantuan macam ni. Boleh lah apply siapa yang layak tu.

    ReplyDelete
  38. This is a very good one but the limit for single 10k very low as nowadays impossible people still earn leas than 10k a year. Which means less than 1k a month.... Hope they can consider into this

    ReplyDelete
  39. Beruntungnya warga KL takpun yang bekerja lama di sana. Memang patut grab je jangan lepaskan peluang. Harga rumah macam tu memang berbaloi. Harga rumah kat Penang ni memang mahal sangat.

    ReplyDelete
  40. cantiknya. diharapkan golongan berpendapatan sederhana ambil tahu and grab those opportunities for them. susah nak dpat harga murah-murah macam ni dekat bandar.

    ReplyDelete
  41. Emi pun ada register jugak rumawip tu hari tu. Tapi baru register la, belum apply mana2 rumah lagi

    ReplyDelete
  42. Macam cantik cantik pula rumah tu..ada 29 projek kt kl..kena grab ni org kl..rugi kalo tak amik peluang..

    ReplyDelete
  43. RM300k utk area KL mmg murah dah tu. Peluang yg bagus bg mereka yg belum ada rumah sendiri

    ReplyDelete
  44. Such a great deal for KL people. This is awesome, I better start sharing the news with my family and friends.

    ReplyDelete
  45. Bukan senang nak dapat peluang mcmni taw. Jdi kpd yg bkelayakan cepat2 lah mohon.

    ReplyDelete
  46. sesiapa yang layak tu, boleh la start survey dah rumah mampu milik RUMAWIP ni.

    ReplyDelete
  47. Untung siapa yang dapat..

    ReplyDelete
  48. Pada yg layak dan tinggal atau bekerja di KL, silalah mohon yer... :)

    ReplyDelete
  49. Nampak besar dan selesa. Alhamdulillah. Kita x perlu menyewa.

    ReplyDelete
  50. bestnya jadi orang KL. RUMAWIP ni ada juga tawarkan beberapa jenis rumah, ingatkan 1 je

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  51. Seriously cantik. Untung orang wilayah.

    ReplyDelete
  52. peluang yang bagus ni, ye la kan, nak beli rmah zaman sekarang pun susah juga.

    ReplyDelete
  53. Cantik-cantik juga design RUMAWIP ni.

    ReplyDelete
  54. Cantik juga design rumah ni ye

    ReplyDelete
  55. Wowww design ia cantik-cantik! Dahla banyak kemudahan lain disediakan tu

    ReplyDelete
  56. Cantik2 rumahnya.. yg layak elok la apply kn

    ReplyDelete