Rumah Mampu Milik Untuk Warga Kota, Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) | Demi merealisasikan status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, pembangunan perumahan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) harus dilaksanakan untuk membantu golongan berpendatan rendah dan sederhana sukar membeli dan memilik rumah.

Justeru itu, satu dasar yang komprehensif penting untuk membolehkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Labuan (PL) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) merancang dan menimbangkan permohonan perancangan penyediaan rumah mampu milik. Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) komited untuk memastikan warga kota memiliki rumah mereka sendiri.

Antara projek yang sedang dibina dan dibuka untuk permohonan

Dijangka sebanyak lebih kurang 80,000 unit RUMAWIP dirancang untuk pembinaan di Wilayah Persekutuan dalam tempoh masa lima tahun. Jika pemohon masih belum memiliki sebarang rumah kediaman di Wilayah Persekutuan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang sedang berkuat kuasa dari semasa ke semasa, pemohon masih layak untuk memilik RUMAWIP.

Apakah keunikan RUMAWIP?
RUMAWIP hanya tertumpu kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.

Apakah jenis dan harga rumah yang ditawarkan?
JENIS
HARGA JUALAN
SAIZ MINIMA
Rumah Harga Rendah
RM63 000 (Kuala Lumpur Dan Putrajaya)
RM52 000 (Labuan)
700 kaki persegi (3 Bilik Tidur)
Rumah Harga Sederhana Rendah
RM63 001 – RM150 000
1.        800 kaki persegi
(3 Bilik Tidur)
2.       650 kaki persegi
(2 Bilik Tidur dan kurang)
Rumah Harga Sederhana
RM150 001 – RM300 000


Lokasi yang strategik dan kemudahan yang disediakan
Lokasi yang sangat strategik dan pelbagai kemudahan yang sediakan untuk memudahkan penghuni. Antaranya tempat letak kereta dan beserta kemudahan lain seperti surau, gymnasium, dewan serbaguna, ruang kedai, taman permainan kanak-kanak & taman mini rekreasi.

Apakah syarat-syarat kelayakan?
Bagi pemohon yang ingin memohon, pemohon harus warganegara Malaysia berumur sekurangkurangnya 18 tahun ketika permohonan dibuat dan dilahirkan, bermastautin atau bekerja di Wilayah Persekutuan. Dan pendapatan pemohon yang layak memohon RUMAWIP adalah tidak melebihi RM10,000 sebulan bagi pemohon bujang/tidak berkeluarga atau RM15,000 sebulan bagi pemohon yang telah berkahwin.

Natijahnya, Dasar Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan ini akan dapat mengatasi masalah rumah kos rendah, kos sederhana dan sederhana yang mencukupi. Dengan RUMAWIP ini akan dapat menampung dan memberi peluang kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana yang tinggal di bandar untuk memiliki rumah sendiri. 

Komitmen semua pihak pemaju perumahan perlu menyediakan kemudahan infrastruktur yang mencukupi dan sempurna manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Labuan (PL) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) perlu menyediakan kemudahan lain seperti pusat rekreasi, dewan serbaguna dan lain-lain bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat. 
 
Antara projek-projek yang sedang dibina dan dibuka untuk permohonan

1. Lily Apartment


Jenis Kediaman: Pangsapuri
Alamat: Lot 32075, Kuchai Lama Entreprenuers Park, Mukim Petaling, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 58200, Kuala Lumpur, W.P. Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, sila layari Lily Apartment.

2. Kondominium Kiara Kasih


Jenis Kediaman: Kondominium
Alamat: Lot 57500, Mukim Batu, Jalan Sungai Teba, Segambut, 51200, Kuala Lumpur, W.P. Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, sila layari Kondominium Kiara Kasih.

3. Residensi Desa Satumas


Jenis Kediaman: Pangsapuri
Alamat: Lot 58433, Jalan Desa, Taman Desa, 58100, Kuala Lumpur, W.P. Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, sila layari Residensi Desa Satumas.

4. RUMAWIP@Sentral 2


Jenis Kediaman: Pangsapuri
Alamat: Lot PT13105, Presint 7, 62000, Putrajaya, W.P. Putrajaya. Untuk maklumat lanjut, sila layari RUMAWIP@Sentral 2.

Sebenarnya banyak lagi projek-projek perumahan ini yang giat dijalankan. Maka, sila layari laman rasmi RUMAWIP untuk maklumat lanjut.