Assalamualaikum


Iklan AdSense Kembali Beraksi Selepas Sebulan Suspended | Setelah sebulan menghitung hari menanti detik untuk melihat iklan AdSense aku beraksi lagi, akhirnya harinya tiba jua. Alhamdulillah.. ingatkan dah kena permanently deleted akaun AdSense aku tapi tidak.

Bila Iklan AdSense Suspended Lagi, memang stress. Sebab aku dah plan nak totally jana income aku melalui AdSense. Tak sangka kena suspended hari tu wey! Kesian kan? Taktahu apa kesalahan aku. Dah laa aku fobia gila dengan AdSense nie selepas Lulus Adsense Selepas 5 Kali Gagal.

Kalau haritu aku dah berhati-hati, kali nie aku kena extra double triple berhati-hati. Risau kalau terkena suspended and permanently delete. Menangis tak berlagu oii! Ujian betul bila akaun suspended. Rasa macam buat kesalahan besar walaupun aku tak ada pergi klik iklan sendiri.

Ini pun tengah study nak letak iklan dalam blog. Eh pelik pulak! Aku letak je code auto setup tapi merata je iklan nie muncul. Kadang-kadang dalam blog archive, kadang-kadang dalam blog list. Haih! Pelik aku.