Assalamualaikum


Nota Sekeping Hati Untuknya | Entah kenapa tergerak hati nak kongsikan benda nie. Sedangkan sebelum nie aku simpan baik-baik je. Kalau nak upload sangat gambar, aku upload dalam story je untuk 24 jam. Untuk lebih-lebih tak ada pun melainkan gambar raya je. Hihihii..

Kenal dia nie bukan yang aku inginkan pun. Bukan aku yang mulakan untuk kenal sebab masa kenal dulu pun sama tempat kerja. Bila officemate tanya sama ada aku minat ke dengan partner aku nie, aku boleh jawab dengan angkuh " Taknak dan tak akan pernah nak ". Sekarang? Boleh berhuhu je bila partner menganjing lepas dia tahu dulu aku taknak dia.

Untungnya aku bila aku kenal dia nie. Perbezaan umur tak jadi masalah pun bagi aku sebab aku memang suka lelaki dari tua sedikit dari aku. Dia memahami situasi aku, pendengar setia masalah aku, peneman aku bila aku nak kemana mana and more! Malas nak tulis banyak-banyak, tunggu kahwin!


Doakan yang terbaik untuk aku dan dia. Walaupun masing-masing sejenis cepat panas tapi salah seorang mesti wajib perlu cepat sejuk. Kalau tak, meletup laa! Banyak sebenarnya yang kami lalui. Dugaan nak kumpul duit kahwin, nak stabilkan ekonomi masing-masing, nak fahamkan parents sendiri, kekangan waktu kerja dan banyak lagi. Tak mampu aku tuliskan satu satu.

Bila aku dah hadapi semua nie dengannya, makin kuat dan yakin bahawa tertulis olehNya bahawa dia untukku. Walau apa pun dugaan semasa nak kumpul duit kahwin semua nie, kami tetap sabar. Walaupun teruk aku buat bila aku dah stress, dia masih bersabar. Terima kasih!

Ya Allah.. Berilah dia yang aku cinta kekuatan untuk menghadapi hidupnya. Berikan dia yang aku sayang kesabaran untuk menjalani semuanya. Berikan dia yang aku kasihi ketabahan agar menjadi dewasa. Berikan dia yang aku puja wawasan yang luas untuk menjadi lebih kuat.

Ya Allah.. Tolong jaga dia untukku. Beri dia kesehatan dan keamanan di mana pun dia berada. Beri dia keceriaan di mana pun dia berada agar senyumnya sentiasa menghiasi wajahnya.

Ya Allah.. Beri kami kekuatan untuk mengubah apa yang boleh kami ubah. Jika itu tak boleh kami ubah kerana memang sudah ketentuanMu untuk kami, maka berilah kami kekuatan untuk menerima dengan ikhlas keadaan itu. Dekatkan dia kepadaMu agar senntiasa dia ingat kepadaMu.

Ya Allah.. Beri dia kesedaran selalu bahawa aku sangat mencintainya. Dan sangat mencintainya meskipun berat jalan yang kami lalui. Kuatkan aku Ya Allah biar aku boleh menghadapi semuanya..

First entry untuk dia.. dan satu-satunya untuk dia! Sekadar luahan yang aku sayangkan dia walaupun banyak kata-kata negatif yang aku terima. Aku yakin dan aku percaya bahawa Dia telah aturkan yang terbaik untuk hambaNya.

Sesungguhnya aku sayangkan dia. Orang yang tak pernah aku bayangkan yang aku akan sayangkan dia. PerancanganNya memang hebat! Orang yang kita taknak tu telah Dia dekatkan. Tetiba sebak sensorang nak siapkan entry nie. Banyak lagi yang perlu kami lalui untuk ke jinjang pelamin. Doa-doakan okay!


Untukmu Ahmad Fakhru Al-Deen:
Terima kasih kerana sudi terima diri ini seadanya walaupun aku banyak kekurangan. Terima kasih kerana selalu yakinkan diri ini tentang hubungan kita. Terima kasih kerana selalu ada disaat susah dan senang. Terima kasih kerana sama-sama berusaha untuk halalkan hubungan nie. Terima kasih kerana sudi lalui semua ini bersama. Sesungguhnya sayang dari hati nie tak pernah dipaksa.

Aku akan sentiasa cuba untuk menjadi yang terbaik dimatamu. Aku akan siapkan diri ini menjadi isteri buatmu dan ibu kepada anak-anakmu. Aku akan sentiasa ada denganmu hingga ke akhir hayatku. Semoga Allah swt permudahkan urusan kita. Aku cinta dan sayang dirimu seadanya.

Jangan salah faham.. ini sekadar luahan pertama aku. Disini aku abadikan kenanganku. Semoga nanti aku ada kenangan untuk aku baca pada masa akan datang.

Ya Allah, jadikanlah dia Ahmad Fakhru Al-Deen Bin Merzuki jodohku yang baik dari segi akhlak dan juga penciptaan (rupa paras). Jadikanlah dia seorang yang taat serta menjaga maruah diri, mampu membimbingku Nursyafiqa Binti Hasnan untuk ke jalan yang diredhai olehMu.