Assalamualaikum


Tips/Petua : Cara Melembutkan Tumit Kaki Dan Merawat Tumit Kaki Yang Merekah | Dulu aku pernah kongsikan satu produk yang merawat tumit kaki yang merekah dengan menggunakan produk cracked heel cream. Memang menjadi tetapi disebabkan aku sejenis sensitif, mudah sangat merekah lagi.

Sekarang aku nak guna cara home remedies pulak. Taknak bergantung pada produk semata-mata. Kalau home remedies nie, mudah je sebab bahan-bahan yang boleh cari di dapur je.

Cara 1: Losyen Atau Pelembap
Antara cara paling berkesan yang boleh korang lakukan dengan mudah di rumah adalah menyapukan losyen atau pelembap. Sebaiknya, pilih losyen yang bersumber dariapda bahan organik, tidak terlalu wangi dan kuat bahan kimianya. Selain losyen, boleh juga menggunakan pelembap seperti Vaseline.

Cara 2: Minyak
Selain losyen dan pelembap, korang boleh menggunakan minyak yang sesuai seperti minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak almond. Penggunaan minyak ini akan meresap jauh ke dalam kulit dan sekaligus membantu meningkatkan kelembaban serta merawat rekahan.

Cara 3: Lemon Dan Garam
Lemon adalah salah satu bahan yang sangat popular sebagai home remedy. Selain memiliki khasiat yang pelbagai, ia mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati pada kulit. Garam pula boleh mencegah jangkitan pada luka atau kulit kaki yang merekah.

Rendam kaki korang di dalam air suam yang di campur dengan perahan lemon dan garam. Boleh juga gantikan garam dengan baking soda.

Cara 4: Belimbing Buluh
Belimbing buluh adalah antara bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat beberapa jenis penyakit seperti batuk, jerawat, kegatalan, dan bengkak. Kandungan vitaminnya dipercayai boleh membantu merawat kulit kaki yang kering dan merekah.

Ambil beberapa biji buah belimbing buluh dan lenyek kasar. Kemudian, gosokkan pada tumit korang perlahan-lahan selama beberapa minit.
 
Cara 5: Tepung Beras Dan Madu
Madu memiliki banyak kebaikan dan boleh berfungsi sebagai pelembab pada tumit kaki. Sementara itu, tekstur kasar daripada tepung beras pula membantu menghapus rekahan dan kulit kering. Gaulkan kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes dan scrubkan pada tumit korang dengan kerap. Boleh juga dijadikan air rendaman.

Cara 6: Asam Keping Atau Asam Jawa
Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen mandian yang berisi air suam. Rendamkan tumit kaki pecah tersebut selama beberapa minit. Boleh juga melumurkan kaki dengan asam jawa dan rendamkan kaki dalam air suam untuk membilasnya.

Cara 7: Bawang Merah Atau Bawang Putih
Bawang putih dan bawang merah mengandungi komponen antibakteria yang juga boleh membantu memperbaiki sel kulit. Potong bawang merah atau bawang putih yang kepada 2 bahagian. Sapukan tumit kaki korang yang pecah sehingga jusnya kering.

Cara 8: Gosok Dengan Batu Apung (Pumice Stone)
Rendam kaki korang dalam air suam yang sudah dicampur dengan cuka selama beberapa minit. Seperti garam, sedikit cuka berkesan menghilangkan bau serta mencegah jangkitan. Kemudian, gosok dengan batu apung agar kulit mati tertanggal dengan lembut. Pumice stone atau batu apung ini merupakan batu yang terbentuk hasil daripada lava gunung berapi yang mengeras. Sejak sekian lama, khasiatnya telah diamalkan sebagai alat pembersih tubuh. Kini ia boleh didapati dengan mudah di farmasi.

Cara 9: Getah Betik Muda
Petua tumit kaki pecah yang seterusnya adalah menggunakan getah betik muda. Caranya, gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih.


Macam biasa, nak cepat elok korang haruslah rajin ye anak-anak. Jangan malas! Dan korang mesti tertanya-tanya apakah punca tumit kaki merekah kan? Menurut pakar, ada banyak sebab yang boleh menjadi punca tumit kaki merekah dan kering. Antaranya termasuklah:
  1. Kurang minum air
  2. Kaki sering terdedah kepada suhu sejuk seperti bilik berhawa dingin
  3. Merendam kaki dalam air panas terlalu kerap
  4. Penggunaan sabun yang tidak sesuai
  5. Masalah kencing manis
  6. Obesiti
  7. Amalan pemakanan tidak sihat