Assalamualaikum
Gemuk Tak Semestinya Perlu Dihina | Gemuk ialah sesuatu atau perkataan paling sensitif bagi orang-orang yang mempunyai bentuk badan; belon panas atau kategori lebih comel ialah panda. Maka, yang mana mulutnya keji lagi perlukan carutan, sila terus pembacaan anda.

Aku nie kadang-kadang meluat dengan manusia yang hidupnya sibuk nak jadi juri hidup aku. Ada je yang tak kena dan nak complaint. Apa kau tak pernah puas dalam hidup kau sampai nak complaint tentang diri orang lain? Tahulah kau kurus macam bihun. No need to make people look like bihun too like you.

Don't change your own style just to make people love you by your perfection but make yourself looks imperfect to know who love you by sincerely 💘

Contohnya aku. Aku nie sejenis manusia senang nak gemuk tapi kalau kurus memang susah walaupun berjalan berapa ribu langkah sekali pun. Dasar lemak-lemak degil! Metabolisma aku rendah. Punca aku makin gemuk? Begini kisahnya..

Sejak aku kecil, aku aktif. Peluh tu memang mencurah-curah keluar. Selalu aktif bersukan; bola tampar dan bola jaring. Bila masuk sekolah menengah, aktifnya masih sama. So, badan aku maintain je. Apabila aku ambil langkah untuk kurangkan aktiviti, lemak aku tak terbakar. So, badan naik macam dipam-pam.

Sampailah aku habis sekolah, aku bekerja. Masa tu badan aku menyusut dan sedikit kurus dan sesuai dengan tinggi aku 160cm. Selepas tu aku sambung belajar, aku kembali aktif bersukan dan berjalan kaki ke kelas. Kalau berat naik pun, sedikit demi sedikit.

Tetapi, pernahkah korang dengar pepatah sikit-sikit lama jadi bukit? Haaa sekarang lemak aku bukan membukit je, gunung terus! Stress bila berat badan naik. Apatah lagi sekarang aku dah bekerja. Habiskan masa di pejabat dan balik terus uruskan anak-anak saudara aku. Masa memang tak cukup. Ini bukan alasan ya.

Pernah orang tanya aku tanpa bersalah " Qaa, kau taknak kurus ke? ". Dalam hati aku, membara weyy! Kenapa? Mehh sini aku listkan aktiviti supaya faham keadaan aku supaya orang tak tuduh aku malas exercises.

Pagi : Bangun pagi, hantar anak saudara ke sekolah, pergi kerja, berjalan sekitar kawasan resort kalau ada benda nak kena pantau.
Petang : Balik kerja, mandikan anak saudara, makan, mandi, berehat.
Malam : Gosok baju-baju kerja, ajar anak-anak saudara kalau dorang rajin nak buat latihan sebab baru 5 tahun, pergi beli makanan untuk ma ayah, tukar pampers, buat susu untuk anak saudara, tidurkan mereka.

So, mana masa untuk aku? Tiada! Aku tak ada istilah Me-Time 😭 Masa untuk aku ialah sewaktu di tempat kerja. Tapi itulah, busy dengan kerja-kerja design. Fahamkan kenapa aku susah nak pergi jogging, pergi gym and whatsoever. Maklumlah, aku jaga anak-anak saudara. Parents mereka kerja jauh. Yang dah kahwin, lain situasi. Isteri pergi gym, suami jaga anak. Suami pergi gym, isteri jaga anak.

Jangan nak bandingkan korang dengan aku. Aku lain, korang lain. Kubur pun dah nama masing-masingkan? Janganlah nak bandingkan over sangat. Siapa yang tak nak kurus oii.. Menipu kalau ada yang kata dia tak nak kurus. Nak gemuk je sampai mati!

Diet? Pernah buat tapi tak mampu. Sebab aku tak boleh nak telan sayur dan tinggalkan nasi. Tak mampu nak tinggalkan nasi sebab pernah buat diet atkins, mabuk terus aku! Dasar tekak orang kampung. Okay bye! Penat luahkan perasaan.

Jangan panggil kami gemuk. Kami ada perasaan jugak. Body kami tak cantik tapi kami mampu bahagiakan perut lelaki. Pssttt! Aku masih single 🤣 Baru umur 23 tahun. Don't ever dare call me kakak kalau kau tua dari aku!